Majlis Penerimaan Replika Warisan Rumah Melayu Tradisional Langkawi & Dialog Meja Bulat Warisan
Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), LESTARI, UKM
Tarikh: 6 Oktober 2016
Tempat: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Langkawi, Kedah
Satu Majlis Penerimaan Replika Warisan Rumah Melayu Tradisional Langkawi dan Dialog Meja Bulat Warisan: “Menyulam Warisan dalam Pembangunan Negeri Kedah” telah diadakan di PPL, Langkawi bersempena sambutan ulangtahun ke-22 tahun Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM. Program yang diketuai oleh Dr. Sharina binti Abdul Halim (Ketua Program Sosio-budaya PPL) ini bermula pada jam 12 tengah hari menerusi Majlis Penerimaan Replika Warisan Rumah Melayu Tradisional Langkawi dan diikuti oleh Dialog Meja Bulat Warisan yang bertajuk “Menyulam Warisan dalam Pembangunan Negeri Kedah” pada sebelah petang. Barisan tokoh kenamaan yang hadir termasuklah YB Dato’ Hj. Mohd Rawi Hj. Abd Hamid (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah), YBhg. Tan Sri Tan Sri Khalid bin Ramli (Ketua Pegawai Eksekutif LADA), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mazlin bin Mokhtar (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM), Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo (Felo Penyelidik LESTARI), Prof. Dr. Mohd Raihan bin Taha (Pengarah LESTARI) dan Prof. Madya Dr. Kamal Roslan bin Mohamed (Pengerusi PPL). Pembentang jemputan yang hadir semasa sesi dialog adalah daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Kedah, Lembaga Pembangunan Langkawi, Nelayan Kuala Temoyong dan Jurugambar Profesional Ilham Studio. Selain itu, program itu turut dihadiri oleh En. Dun bin Chin dan isteri (Pandai Rumah/Kayu Melayu Tradisional), beberapa pengusaha hasil warisan Langkawi, pakar/penyelidik UKM, agensi kerajaan dan swasta, NGO dan komuniti setempat. Lawatan ke Galeri Penyelidikan PPL serta pameran dan jualan barangan/ kraftangan hasil warisan Langkawi oleh pengusaha tempatan juga diadakan semasa program berlangsung.
Pameran dan jualan barangan/kraftangan hasil warisan Langkawi:
Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.