Kerja Lapangan Pengkajian Kelawar dan Keluang

knk_1

Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM.

Tarikh: 21 – 31 Oktober 2016

Tempat: Langkawi, Kedah.

Dr. Juliana Senawi, iaitu selaku felo penyelidik PPL telah mengadakan satu kerja lapangan pengkajian kelawar dan keluang pada penghujung oktober yang lalu di sekitar Langkawi, Kedah. Kerja lapangan tersebut disertai oleh 5 pelajar UKM di bawah seliaan beliau; seorang pelajar PhD dan 4 orang pelajar pra-siswazah. Tajuk kajian mereka adalah:

  1. Kajian Phylogenetic Relationships, Population Genetics and Phylogeography of Flying Fox in Malaysia (Nor Syafika binti Mohd Yusof; PhD). Telah mensampelkan 15 individu keluang (island flying fox).
  1. Kajian Kepelbagaian Spesies Kelawar dan Hubungkait Pendebungaan dengan Spesies Bakau di Hutan Paya Bakau Kubang Badak Langkawi, Kedah (Ahmad Hakimmudin bin Bahrim; pra-siswazah). Persampelan telah dibuat di kawasan bakau Kampung Ewa (Kubang Badak) dan telah mengenalpasti 17 spesies kelawar.
  1. Kajian Kepelbagaian Kelawar (Chiroptera) di Gua-gua Sekitar Langkawi (Au Mun Yew; pra-siswazah). Persampelan telah dibuat di Gua Buaya, Kilim (telah mengenalpasti 2 spesies kelawar) dan Gua Pinang, Kubang Badak (telah mengenalpasti 5 spesies kelawar).
  1. Kajian Kepelbagaian Kelawar Mengikut Aras Ketinggian di Gunung Raya, Langkawi (Siti Shamimi binti Mat Ya’acob; pra-siswazah). Persampelan telah dibuat di kawasan kaki Gunung Raya pada ketinggian 68 asl (Lubuk Sembilang) dan telah mengenalpasti 12 spesies kelawar.
  1. Kajian Kepelbagaian Reka Bentuk Isyarat Gemalokasi Kelawar di Langkawi (Nur Nadia Nabila binti Mohd Zaidi; pra-siswazah). Telah merekodkan gemalokasi untuk 19 spesies kelawar (125 echolocation files).

Kerja lapangan ini turut dibantu oleh En. Othman bin Ayeb (pemandu pelancong), Pn. Indera Rahayu binti Mohd Noor (pemandu pelancong) dan kakitangan PPL.

Berikut adalah merupakan antara gambar-gambar yang diambil sewaktu kerja lapangan:

knk_6Memasang perangkap di kawasan kaki Gunung Raya iaitu di Lubuk Sembilang.

knk_7Dr. Juliana Senawi ketika memasang perangkap di kawasan hutan paya bakau Kampung Ewa, Kubang Badak, Langkawi.

knk_2Kerja-kerja pemasangan perangkap di kawasan hutan paya bakau; perangkap jaring kabut dan perangkap hap.

knk_3Kelawar jenis pemakan buah yang berjaya ditangkap ketika melalui perangkap jaring kabut tinggi di pasang di kawasan hutan paya bakau.

knk_9Dr. Juliana Senawi (tengah) bergambar bersama para pelajar pra-siswazah dan hasil tangkapan kelawar di kawasan hutan paya bakau.

knk_10Menaiki bot di Jeti Kilim menuju ke Gua Buaya.

knk_11Kumpulan-kumpulan kelawar yang terdapat di dalam Gua Buaya.

knk_12Beberapa ekor kelawar yang terperangkap pada perangkap jaring kabut yang dipasang di salah satu bukaan muka gua di Gua Buaya.

knk_13Menaiki bot di Jeti Kubang Badak menuju ke Gua Pinang.

knk_14Melalui kawasan hutan paya bakau bagi menuju ke Gua Pinang.

knk_15Bergambar bersama pemandu pelancong yang turut serta di hadapan muka Gua Pinang, Kubang Badak.

knk_16Lapisan cengkerang kuno yang terdapat di kawasan Gua Pinang.

knk_17Guni-guni tinggalan yang terdapat di dalam Gua Pinang yang mana mengandungi tahi kelawar di dalamnya. Tahi kelawar ini digunakan sebagai baja organik.

knk_18Antara ribuan kelawar yang terdapat di dalam Gua Pinang.

knk_19Memasang perangkap jaring kabut di dalam Gua Pinang.

knk_20Kelawar yang berjaya ditangkap di dalam Gua Pinang.

knk_21Bergambar bersama hasil tangkapan kelawar yang berjaya diperolehi di Gua Pinang.

knk_23Merekod gemalokasi bagi setiap spesies kelawar yang berjaya ditangkap sewaktu kerja lapangan.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.