Penyelidikan Pemetaan dan Pencirian Gua-Gua di Langkawi

Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Inst. Alam Sekitar & Pembangunan (LESTARI), UKM.

Tarikh: 14 – 21 Januari 2017

Tempat: Kepulauan Langkawi, Kedah.  

Kerja lapangan projek Penyelidikan Pemetaan dan Pencirian Gua-Gua di Langkawi Geopark yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed telah diteruskan pada 14 sehingga 21 Januari yang lalu. Pakar-pakar penyelidik bersama yang turut terlibat adalah Prof. Dr. Che Aziz Ali dan Dr. Juliana Senawi. Selain itu, kakitangan PPL dan beberapa orang pelajar juga turut serta dalam kerja lapangan ini. Beberapa buah gua telah dipeta dan dicirikan sepanjang tempoh kajian tersebut termasuklah Gua Ayam, Gua Banjar, Gua Pokok Nau dan Gua Siam (Gua Pokok Nibong). Disamping itu, kerja lapangan di Gunung Raya juga dijalankan bagi penyelidikan spesies kelawar berdasarkan ketinggian (altitude). Beberapa spesies kelawar telah dikenalpasti dan direkodkan.

Gua Ayam

Pemetaan gua oleh Prof. Dr. Che Aziz Ali dan Prof. Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed serta dibantu oleh pelajar latihan industri, Lukman Abdullah.

Beberapa ekor kelawar yang dilihat tergantung di dinding gua.

Penyelidikan kelawar oleh Dr. Juliana Senawi bersama pelajar-pelajar seliaan beliau. Pengenalpastian ekolokasi / gelombang suara kelawar (atas). Pemasangan perangkap jaring kabut (bawah).

 

Gua Banjar

Cengkerang-cengkerang lama ditemui berselerakan di depan muka-muka gua.

Pembentukan di dalam Gua Banjar.

Sampel sedimen di dalam gua diambil bagi tujuan pengkajian fosil.

Gua Pokok Nau

Pendakian masuk ke Gua Pokok Nau (atas) dan muka gua (bawah).

Pembentukan di dalam Gua Pokok Nau.

Pengenalpastian ekolokasi (atas) dan pemasangan perangkap jaring kabut (bawah) bagi penyelidikan kelawar.

Fosil-fosil yang dijumpai di dinding Gua Pokok Nau.

Antara serangga-serangga gua yang dijumpai di dalam Gua Pokok Nau.

Gua Siam (Gua Pokok Nibong)

Pendakian menuju ke Gua Siam.

Muka gua (atas) dan pembentukan di dalam Gua Siam (bawah).

Cengkerang-cengkerang lama yang dijumpai di dalam Gua Siam.

Pengambilan sampel sedimen di Gua Siam.

Gunung Raya

Pengkajian spesies kelawar berdasarkan ketinggian di Gunung Raya.

Beberapa perangkap hap dan jaring kabut dipasang di laluan Tangga Helang Seribu Kenangan.

Antara beberapa spesies kelawar yang berjaya ditangkap.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.