Perkongsian Ilmu bersama Umgawa-Zipline Langkawi

Satu sesi perkongsian ilmu mengenai Langkawi UNESCO Global Geopark di antara PPL dan kakitangan Umgawa – Zipline Langkawi telah diadakan pada 16.5.2018 yang lalu. Seramai 8 kakitangan Umgawa yang terdiri daripada renjer telah hadir dalam sesi perkongsian ilmu ini. Turut serta dalam sesi ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Umgawa, Mr. Charles Farrel.

Mereka telah diberi taklimat ringkas mengenai Geopark melalui pembentangan slaid dan juga taklimat ketika melawati galeri PPL. Ini merupakan lawatan kumpulan pertama dari Umgawa.

Kumpulan kedua seramai 9 kakitangan lagi akan hadir ke PPL pada 20.5.2018 untuk sesi yang kedua. Kumpulan kedua akan diketuai oleh Pengurus Operasi Mr Laurent Cuendet.

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.