Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2016 (Pistek 2016)

hakim_1

Anjuran: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Tempat: Kolej Vokasional Langkawi, Kedah

Tarikh: 17 hingga 19 November 2016

Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (PISTEK) Peringkat Kebangsaan 2016 telah diadakan di Kolej Vokasional Langkawi, Kedah pada 17 hingga 19 November yang lalu. Antara program yang telah dijalankan termasuklah Pertandingan Bercerita Sains, Pertandingan Roket/Payung Terjun, Pertandingan Inovasi Sains dan Teknologi serta Anugerah Khas Inovasi Sains dan Teknologi. Pada PISTEK kali ini, dua orang Pegawai Sains dari Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) iaitu En. Nazren bin Leman dan Cik Asbiyatulaida binti Derahman telah dijemput sebagai barisan panel hakim bagi Pertandingan Bercerita Sains.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.