Lawatan dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Department of Mineral Resources Thailand

Pada 16 September 2013, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah menerima lawatan daripada ahli geologi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Department of Mineral Resources Thailand yang mengikuti program “Capacity Building on Geoheritage Assesment and Management” selama 4 hari di Langkawi. Lawatan ini yang diiringi oleh Prof. Dr. Che Aziz Ali dan Dr. Tanot Unjah terdiri daripada 38 orang peserta program. Di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) mereka telah diperkenalkan dengan bangunan di PPL serta dibawa melawat galeri di tingkat G.

oleh Ku Adriani dan Dr. Tanot Unjah.