Program Kelestarian Alam Sekitar – Sustain the Nature for the Future
Pada 4 Oktober yang lalu, Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), LESTARI UKM telah menganjurkan satu program Kelestarian Alam Sekitar – Sustain the Nature for the Future di Pulau Langkawi. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menanamkan nilai patriotisme dikalangan anggota SUKSIS terhadap alam sekitar.
Seramai 73 orang telah menyertai program ini yang terdiri daripada 61 anggota Kor SUKSIS skuad 2013, 2 orang Pegawai Kehormat Kor SUKSIS iaitu Prof. Madya Dr. Khairul Nizar Ismail dan YM Raja Shah Erman Raja Ariffin, 7 orang Pegawai Tetap Kor Suksis dan 2 wakil dari PPL.
Program kelestarian ini dimulakan dengan lawatan ke Galeri Penyelidikan PPL diikuti dengan penerangan mengenai Geologi dan Langkawi Global Geopark oleh Dr. Tanot Unjah selaku Ketua Program Geologi dan Lanskap PPL dan diakhiri dengan kerja lapangan mengenal pasti jenis batuan di kawasan air terjun Telaga Tujuh.
Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.