Program Konservasi Terumbu Karang di Pulau Cepu, Langkawi, Kedah

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Tarikh: 16 Januari 2019

Tempat: Pulau Cepu, Langkawi, Kedah.

Program Konservasi Terumbu Karang atau Save Coral Reef Program anjuran Bahagian Geopark LADA adalah merupakan satu program pemuliharaan terumbu karang yang dilakukan di kawasan-kawasan tumpuan penangkapan ikan dan aktiviti selaman (snorkeling/scuba diving). Program ini bertujuan memastikan kawasan terumbu karang ini bebas daripada sisa-sisa tinggalan jaring atau pukat lama kesan daripada aktiviti penangkapan ikan. Disamping itu, ianya juga bertujuan memupuk sikap prihatin dan rasa tanggungjawab dalam menjaga keindahan dasar laut serta kepentingannya dikalangan masyarakat umum. Pada kali ini, program konservasi ini dilakukan di Pulau Cepu, iaitu lebih kurang 20-30 minit perjalanan menaiki bot dari Pantai Chenang. Program ini bermula dengan penyampaian taklimat ringkas oleh wakil daripada Saff Watersport, iaitu En. Muhammad Ukasyah berkenaan perjalanan program. Peralatan-peralatan menyelam juga disediakan oleh Saff Watersport, yangmana beroperasi sebagai agen sukan pantai/air di Pantai Chenang, Langkawi. Antara peserta yang turut serta terlibat termasuklah kakitangan LADA, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) serta penyelam-penyelam sukarelawan. Program ini berakhir kira-kira jam 4 petang.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.