Program Pemerkasaan Renjer Siri 1 Kubang Badak Biogeotrail

ppr_1

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Tarikh: 10 November 2016

Tempat: Bilik Seminar, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) dan Jeti Kubang Badak, Langkawi, Kedah

Satu program pemerkasaan renjer telah dianjurkan oleh Bahagian Geopark dan Konservasi, LADA bagi tujuan melatih dan mendedahkan pasukan renjer geopark kepada Biogeotrail Kubang Badak yang bakal dijadikan satu produk eko-pelancongan terbaru khususnya di Kubang Badak dan amnya di Langkawi UNESCO Global Geopark. Program ini bermula dengan ceramah motivasi oleh En. Khairul Nizam bin Abdul Ghalim (pegawai UKK LADA) seawal jam 8.30 pagi dan diikuti dengan pengenalan kepada Biogeotrail Kubang Badak oleh pemandu pelancong (ambassador geopark LADA) iaitu En. Othman Ayeb, yang turut dibantu oleh Pn. Indera Rahayu Mohd Noor. Lawatan lapangan ke kawasan Kubang Badak diadakan pada sebelah petang dengan menaiki dua buah bot nelayan tempatan. Kesemua 13 lokasi Biogeotrail Kubang Badak dilawati dan pelbagai maklumat telah dikongsi bersama pada setiap lokasi hentian. Ahli-ahli Koperasi Kubang Badak dan staf PPL juga turut serta dalam program ini.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.