Program Santai Bersama Komuniti Langkawi UNESCO Global Geopark
Anjuran: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
Tarikh: 9 April 2018
Tempat: Laman Padi, Langkawi, Kedah.
Felo penyelidik Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo, telah dijemput menghadiri Program Santai Bersama Komuniti Langkawi UNESCO Global Geopark, anjuran NRE dan LADA. Program ini telah dihadiri oleh Ketua Setiausaha (KSU) NRE iaitu Dato’ Sri Azizan Bin Ahmad, serta Dato’ Haji Azizan bin Noordin, Ketua Eksekutif LADA. Pada program ini, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo telah membentangkan ceramah bertajuk ‘Sumbangan Komuniti dalam Pembangunan Langkawi Geopark’. Disamping itu, sesi perbincangan dan soal-jawab tentang cabaran dan pembangunan geopark di Langkawi bersama wakil komuniti, NGO dan jabatan kerajaan juga turut diadakan.
Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.