School to Geopark
Tarikh: 21 Mei 2015
Tempat: PPL dan Kilim Geoforest Park
Jumlah pax: 45 pax
Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
Program “School to Geopark” kembali lagi dan pada kali ini, pihak LADA membawa seramai 45 pelajar dan guru dari Sekolah Kebangsaan Temoyong, Langkawi untuk mengikuti program kesedaran mengenai Geopark Langkawi. Selain dari dibawa melawat Galeri Penyelidikan PPL UKM mereka juga dibawa ke Kilim Geoforest Park Langkawi untuk mengenali dengan lebih dalam mengenai hutan bakau, flora dan fauna, menjelajah Gua Kelawar dan juga melihat populasi burung helang.
Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.