Sumbangan Buku oleh Dato’ Shaharuddin Mohamad Ismail

Pada 9 Julai 2018, PPL berbesar hati menerima sumbangan buku dari Dato’ Shaharuddin Mohamad Ismail. Buku-buku ini datangnya dari koleksi buku peribadi beliau dan ada sesetengah daripada buku ini sudah tidak dicetak lagi. Dato’ Shaharuddin bermurah hati untuk membuat salinan dan menghadiahkan buku-buku ini kepada PPL untuk dijadikan rujukan di Bilik Sumber Pusat Penyelidikan Langkawi.

Di antara buku yang disumbangkan adalah:

  1. Tree Flora of Malaya : Volume I
  2. Tree Flora of Malaya : Volume II
  3. Tree Flora of Malaya : Volume III
  4. Flora of Peninsular Malaysia : Volume I
  5. Flora of Peninsular Malaysia : Volume II
  6. Flora of Peninsular Malaysia : Volume III
  7. Taman Negeri Endau Rompin
  8. Gunung Nuang Selangor
  9. Hutan Simpan Ulu Muda Kedah
  10. Sustainable Management of Matang Mangroves : 100 years and beyond
  11. Taman Negeri Gunung Stong Kelantan
  12. Hutan Simpan Gunung Jerai Kedah
  13. Gunung Mandi Angin Terengganu
  14. Taman Rimba Kenong Pahang
  15. Bukit Belata Selangor
  16. Rimba Bandar BUkit Bauk Terengganu
  17. Hutan Simpan Panti Johor
  18. Hutan Simpan Bintang Hijau Perak
  19. Hutan Simpan Gunung Angsi Negeri Sembilan
  20. Hutan Pergunungan Cameron Highlands
  21. Taman Negeri Diraja Belum Perak
  22. Hutan Simpan Melaka
  23. Taman Negeri Bukit Panchor dan Pulau Jerejak Pulau Pinang
  24. Hutan Simpan Gunung Berlumut Johor
  25. Hutan Pulau Pangkor Perak.

PPL dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan buku ini dan berharap agar buku ini dapat digunakan sebaiknya.

Kepada mereka yang berminat untuk menyumbangkan buku ke Pusat Penyelidikan Langkawi, Tuan-tuan dan Puan-puan bolehlah menghubungi kami di talian 04 9591207 untuk maklum balas.

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.