Synthesis Workshop of the project “Sustainability Transformation Across the Region (STAR)” and the Project “Science Harnessed for ASEAN Regional Policy (SHARP)”
Anjuran: LESTARI dan UNESCO Jakarta
Tarikh: 2hb – 4hb November 2016
Bengkel ini berlangsung selama empat hari iaitu bermula pada 2hb sehingga 4hb November 2016 di The Frangipani Resort and Spa. Bengkel ini telah dihadiri oleh lebih kurang 55 orang peserta dari Indonesia, Filipina, Kemboja, Australia, Laos, Myanmar, Vietnam, China, Jepun dan Malaysia yang terdiri daripada pembuat dasar, pakar sains kelestarian, ahli akademik, pihak berkepentingan dan pakar-pakar tempatan. Bengkel ini telah membincangkan tentang pelaksanaan sains kelestarian di tapak demonstrasi, menghubungkan sains dan masyarakat, membincangkan hasil dapatan dan kerangka, membincangkan program-program kelestarian semasa dan membentangkan inisiatif-inisiatif kelestarian alam sekitar. Pengenalan kepada bengkel telah disampaikan oleh Prof. Dr. Shahbaz Khan (Pengarah dan Wakil, UNESCO Biro Sains Serantau Asia Pasifik) dan Dr Rahmah Elfithri (Felo Penyelidik, LESTARI). Bengkel ini turut dihadiri oleh Prof. Dato’. Dr. Mazlin bin Mokhtar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM dan Prof. Emeritus Dato’. Dr. Ibrahim Komoo yang mana telah menyampaikan pembentangan bertajuk “Model untuk Kelestarian Alam Sekitar: A Case of Langkawi UNESCO Global Geopark pada sesi kelima. Majlis penutupan bengkel dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Shahbaz Khan.
Prof. Dr. Shahbaz Khan, Pengarah dan Wakil, UNESCO Biro Sains Serantau Asia Pasifik. Beliau adalah penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Alam Sekitar dan Pembangunan pada majlis konvokesyen ke-44 UKM.
Prof. Dato’ Dr. Mazlin bin Mokhtar, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) UKM.
Dr. Rahmah Elfithri membentangkan hasil pembentangannya pada sesi keempat.
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo (Pengerusi PPL) telah menyertai program “Plant Adoption” di The Frangipani Resort & Spa.
Majlis penutup dan penyampaian sijil oleh Prof. Dr. Shahbaz Khan.
Laporan oleh Nor Amilia binti Che My.