Tahniah dan Sekalung Penghargaan
Warga PPL mengucapkan tahniah kepada Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo yang telah dilantik sebagai Pengerusi Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) yang baru untuk tempoh setahun berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2016 hingga 30 Julai 2017.
Warga PPL juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed, atas sumbangan dan khidmat yang telah diberikan sebagai Pengerusi Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) sebelum ini. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah berperanan aktif mengukuhkan peranan PPL sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan, pembangunan sumber tabii, budaya dan tradisi setempat serta pusat rujukan pembangunan sumber secara lestari. Jutaan terima kasih diucapkan.