Tahniah atas pelantikan sebagai Penyandang Kursi Profesor Iskandar Malaysia di UTM

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Felo Penyelidik Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) yang telah dilantik oleh UTM dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) sebagai Penyandang Kursi Profesor Iskandar Malaysia di Universiti Teknologi Malaysia untuk tempoh dua tahun. Tujuan utama penubuhan kursi ini adalah untuk membantu usaha-usaha kearah pembentukan pembangunan lestari wilayah melalui keseimbangan dalam pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar.

PPL sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo dan amat berbangga kerana Felo Penyelidik PPL dipilih memegang kursi ini.

Laporan oleh Nuratikah Mahamad.