Taklimat Aktiviti Kembara Rimbawi “Geo-pelancongan”

Anjuran: Pusat Alami Geo Rimbawi dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 15 Disember 2021

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS)

Bertempat di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), satu taklimat berkenaan produk geo-pelancongan telah disampaikan oleh Encik Othman bin Ayeb (Felo Bersekutu PPL-UKM) pada 15 Disember 2021 yang lalu. Taklimat yang disertai oleh wakil-wakil daripada pelbagai agensi swasta dan kerajaan, rakan-rakan strategik serta pemandu-pemandu pelancong ini adalah bertujuan bagi mempelbagaikan aktiviti-aktiviti geo-pelancongan di Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp), khususnya di Taman Georimba Machinchang Kambria termasuklah di kawasan Jeti Pelancongan Kubang Badak atau lebih dikenali sebagai BioGeoTrail Kubang Badak. Setelah sesi taklimat berakhir, para peserta dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan PPL-UKM.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida binti Derahman