Training Program on Effective Implementation of Sustainable Development Goals through Strengthening the Capacity of Local Stakeholders towards Sustainable Langkawi, Malaysia

Anjuran: Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) dan The Frangipani Langkawi

Tarikh: 13 – 14 Ogos 2019

Tempat: The Frangipani Langkawi Resort and Spa, Langkawi, Kedah.

Pada 13 dan 14 Ogos 2019 yang lalu, satu Training Program on Effective Implementation of Sustainable Development Goals Through Strengthening the Capacity of Local Stakeholders Towards Sustainable Langkawi, Malaysia telah diadakan di The Frangipani Langkawi Resort and Spa, Langkawi, Kedah. Program ini adalah merupakan program anjuran bersama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) dan The Frangipani Langkawi Resort and Spa. Ianya bermatlamat dalam membina kapasiti pihak berkepentingan yang relevan untuk pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals – SDGs) yang berkesan khususnya di Langkawi, Malaysia. SDGs atau dalam Bahasa Melayunya, Matlamat Pembangunan Lestari mempunyai 17 matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua negara bangsa menjelang 2030. Program ini telah dihadiri oleh beberapa pakar penyelidik daripada UKM dan UiTM serta wakil daripada agensi-agensi kerajaan, swasta dan NGOs.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.