Ucapan Tahniah & Sekalung Penghargaan

PPL_norhayati

Warga PPL mengucapkan tahniah kepada Prof. Dr. Norhayati Ahmad yang telah dilantik sebagai Pengerusi Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) yang baru untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa mulai 15 November 2017 hingga 14 November 2020.

SEADPRI_ibrahimkomoo_2

Warga PPL juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, atas sumbangan dan khidmat yang telah diberikan sebagai Pengerusi Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) sebelum ini. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah berperanan aktif mengukuhkan peranan PPL sebagai pusat rujukan ikonik Global Geopark Research Network. Jutaan terima kasih diucapkan.