Lawatan Dari Pusat Pembangunan Karier (UKM-KARIER)

Anjuran: Pusat Pembangunan Karier (UKM-KARIER)

Tarikh: 10 Februari 2018

Masa: 8.45 pagi hingga 10.45 pagi

Pusat Pembangunan Karier (UKM-KARIER) telah memilih Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) sebagai salah satu tempat lawatan untuk Hari Keluarga Pusat Pembangunan Karier (UKM-KARIER). Lawatan ini telah diketuai oleh Pengarah Pusat Pembangunan Karier (UKM-KARIER) sendiri iaitu Prof Dr. Ishak Yusof. Peserta lawatan telah dibawa melawat Galeri Pusat Penyelidikan Langkawi. Taklimat dan sedikit penerangan ringkas telah diberikan kepada peserta lawatan ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk menjalinkan hubungan mesra antara Pusat Pembangunan Karier (UKM-KARIER) dengan Pusat Penyelidikan Langkawi.

Laporan oleh Nor Amilia Che My