Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Perbincangan Kumpulan Berfokus Pelan Pengurusan Langkawi Geopark (PPLG)

Pada 10-11 Jun 2012, UKM dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan Perbincangan Kumpulan Berfokus Pelan Pengurusan Langkawi Geopark yang terakhir di Dewan LADA. Perbincangan pertama telah diadakan pada 15-17 Mei 2011 manakala perbincangan kedua telah diselesaikan pada 20-21 Jun 2011. Penyediaan Pelan Pengurusan Langkawi Geopark diketuai oleh Datin Paduka Dr. Halimaton Saadiah Hashim dengan kerjasama penyelidik pelbagai bidang dari UKM. Pelan Pengurusan ini telah menyediakan garis panduan bagi pengurusan lestari geopark dengan mengambil kira komponen utama kewujudan sebuah geopark iaitu khazanah sedia ada yang mendasari pengiktirafan, sumbangan kepada pembangunan sosio-ekonomi dan kepentingan sebuah geopark dalam menjana dan memperkasakan gagasan ilmu dan pendekatan pendidikan. Lebih dari 60 orang peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, NGO, guru-guru sekolah dan komuniti setempat telah menghadiri dan menyumbang dalam perbincangan pada kali ini.

oleh Dr. Tanot Unjah dan Ku Adriani Ku Ayob

[fblike]

Translate »