Profil
Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) kini dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG). PPG adalah pusat terfokus di bawah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM, berperanan menjalankan penyelidikan dan perkhidmatan akademik berkaitan pemuliharaan warisan terintegrasi dan pembangunan geopark.
- Visi
Menjadi pusat kecemerlangan dan rujukan dalam bidang kelestarian alam semulajadi dan warisan budaya di rantau Asia Pasifik.
- Misi
Cemerlang dalam penyelidikan dan perkhidmatan bagi pembangunan sumber tabii dan budaya untuk kesejahteraan masyarakat setempat
- Peranan
»Pusat penyelidikan fundamental dan aplikasi berkaitan warisan sumber asli.
»Pusat yang membangunkan keupayaan komuniti dan profesional berkaitan sains kelestarian dan pelancongan berasaskan ilmu.
»Pusat pengajian akademik dalam pemuliharaan warisan sumber asli dan geopelancongan.
»Pusat rujukan berkaitan pengurusan warisan sumber asli terintegrasi dan geopark di rantau asia pasifik.
- Struktur
– Logo PPG (jpg), klik di sini.
– Logo PPG (png), klik di sini
– Brosur Profil, klik di sini