ALAF UKM dirasmikan oleh NC UKM

13/3/2023 – Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF) UKM telah dirasmikan oleh Naib Canselor UKM. ALAF merupakan pusat/ptj yang menguruskan fasiliti di semua makmal alami dan fizikal UKM termasuklah fasiliti Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) di Langkawi. Oleh itu, fasiliti PPL di Langkawi telah diberi nama baharu iaitu PPL-ALAF. Namun PPL di bawah pengurusan LESTARI tetap meneruskan keunggulannya bagi mempelopori penyelidikan dan pembangunan berkaitan aspek pembangunan lestari wilayah khususnya Inisiatif Geopark.

Galeri Gambar