UCAPAN ALUAN PRESIDEN PPSFPI (19/20)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيْمِ , السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji buat Allah SWT, Tuhan yang mentadbir sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia penghulu para nabi dan rasul, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat RA dan seluruh pendokong agama Islam.

Ucapan kesyukuran dilafazkan kepada Allah SWT yang telah memudahkan perjalanan Annual General Meeting (AGM) Persatuan Pelajar Siswazah Fakulti Pengajian Islam (PPSFPI) sesi 2018/2019.

Terima kasih diucapkan kepada abang-abang dan kakak-kakak barisan kepimpinan lepas yang telah bertungkus lumus mengemudi bahtera ini. Semoga doa dan bimbingan daripada kalian sentiasa mengiringi kami dalam meneruskan legasi kepimpinan ini.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu sesi 2019/2020. Kami dari pihak PPSFPI mengucapkan tahniah kepada semua sahabat-sahabat yang memilih UKM sebagai destinasi meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu.

Untuk makluman rakan-rakan pelajar baharu, PPSFPI merupakan sebuah persatuan yang bertujuan untuk menjaga kebajikan dan membentuk mahasiswa pangajian Islam yang terkehadapan, berkepimpinan serta berbudaya saing.

Persatuan ini turut memainkan peranan sebagai pemudahcara antara siswazah Fakulti Pengajian Islam dan seluruh warga FPI khususnya dan seisi warga UKM amnya. Selain itu, PPSPI juga merupakan sebuah platform untuk mencungkil bakat para pelajar siswazah bagi menyediakan mereka pengalaman-pengalaman dalam menguruskan sesebuah organisasi.

Bersama hantaran ini, disertakan bersama senarai barisan kepimpinan PPSFPI UKM sesi 2019/2020:

1. Presiden
Muhammad Khairi Bin Abdul Azib

2. Timbalan Presiden
Mohammad Firdaus Bin Mohd Ashfari

3. Setiausaha
Syafiqah Binti Abu Bakar

4. Bendahari
Nursyakirah Binti Hazban

5. Timbalan Bendahari
Hamizah Binti Zahari

6. Exco Akademik & Penyelidikan
Mirzatul Aqilah Binti Mat Nor

7. Timbalan Exco Akademik & Penyelidikan

Muhammad Firdaus Bin Soleh

8. Exco Kebajikan Dan Kerohanian
Asna Binti Che Hassin

9. Exco Korporat & Hubungan Luar
Hadfina Binti Muhammad Haron Husaini

10. Timbalan Exco Korporat & Hubungan Luar
Zyaul Haqqi

11. Exco Multimedia
Muhammad Nur Aiman Bin Mohd Amin

Akhir kalam, kami dari pihak PPSFPI sekali lagi ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu. Semoga dengan kebersamaan pada kali ini, mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala perancangan yang telah dan sedang dirangka.

Siru ‘ala barakatillah.

Muhammad Khairi Bin Abdul Azib
Presiden,
PPSFPI 2019/2019