UCAPAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER 1 (19/20)

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR (SEMESTER 1 SESI 2019/2020) 📝

Barisan kepimpinan Persatuan Pelajar Siswazah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (PPSFPI UKM) mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir buat seluruh mahasiswa UKM.

Semoga mahasiswa sentiasa diberikan kelapangan hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi peperiksaan yang berlangsung.

Tanamkanlah usaha yang kuat, diselitkan dengan doa tanpa henti dan juga jangan lupa bertawakal kepadaNya semoga kejayaan milik bersama.

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ

(Surah Ali Imran : 159)

“Kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah”

Psst
Jaga akhlak sebagai penuntut ilmu ketika berada dimana pun.

Jadilah Penuntut Ilmu yang dihiasi akhlak terpuji, kelak ilmu dan akhlak menjadi saham akhirat nanti

Sekian terima kasih,

Setulus ikhlas,
PERSATUAN PELAJAR SISWAZAH FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
(PPSFPI UKM)