SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR (online) (SEMESTER 2 SESI 2019/2020) 📝

Barisan kepimpinan Persatuan Pelajar Siswazah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (PPSFPI UKM) mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir buat seluruh mahasiswa UKM. Semoga mahasiswa diberikan kelapangan hati dan ketenangan jiwa sepanjang tempoh peperiksaan atas talian berlangsung. Tanamkanlah usaha yang padu, diselitkan dengan doa tanpa henti dan juga jangan lupa bertawakal kepadaNya semoga kejayaan milik bersama.

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ

Ali Imran : 159

“Kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah”

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Jadilah Penuntut Ilmu yang dihiasi akhlak terpuji, kelak ilmu dan akhlak menjadi saham akhirat nanti.

Sekian terima kasih,

Setulus ikhlas,
PERSATUAN PELAJAR SISWAZAH FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PPSFPI UKM)