Tarikh Akhir dan Penghantaran Tesis / Disertasi

Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera semua. Permakluman awal untuk semua TD dan TP PTJ untuk di hebahkan kepada semua pelajar siswazah di PTJ masing-masing
Makluman awal ini akan di susuli oleh pekeliling melalui email dan surat rasmi PS.
1. Tarikh akhir tangguh pengajian untuk pelajar Mod Penyelidikan sahaja
Pelajar boleh menangguh selewatnya esok 17 Julai 2020 pukul 4pm. Bendahari UKM akan memulangkan sebahagian dari yuran dan dimasukkan ke semester hadapan.
2. Pelajar yang berhasrat menghantar thesis pada semester ini perlu memberikan nama kepada PTJ untuk mendapatkan 3 bulan tambahan tanpa dikenakan yuran. Tarikh akhir adalah 25 Dis 2020. Pelajar (dari senarai yang diberikan oleh PTJ) masih perlu mendaftar pada semester 1 sesi 2020-2021 dan tidak akan dikenakan yuran. Sekiranya gagal menghantar tesis pada 25 Dis 2020, yuran penuh pengajian semester 1 sesi 2020-2021 akan dikenakan kepada pelajar. PTJ perlu menghantar senarai tersebut kepada PS selewat-lewatnya pada minggu hadapan 24 Julai 2020
Prof Sarani Zakaria
Pengarah Pusat Siswazah UKM