[UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH KEPADA NAIB CANSELOR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA]

Assalamualaikum wbt,
Kami dari barisan kepimpinan Persatuan Pelajar Siswazah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada kepada Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor atas sumbangan dan jasa bakti sebagai Naib Canselor UKM.
Tahniah juga di atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (UM) berkuat kuasa mulai 1 November 2020 hingga 31 Oktober 2023.
Selamat Maju Jaya Dato’!