Persatuan Pelajar Siswazah Fakulti Pengajian Islam

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Matlamat dan Objektif

MATLAMAT

Matlamat persatuan ini ialah untuk menjaga kebajikan dan membentuk mahasiswa pengajian Islam yang terkehadapan, berkepimpinan dan berbudaya saing tinggi bagi meningkatkan daya kepimpinan dan keterampilan mahasiswa dalam segala bidang, merealisasikan falsafah, wawasan, misi dan matlamat Universit Kebangsaan Malaysia. Memajukan akademik dan ko-kurikulum mahasiswa-mahasiswa, membangunkan mahasiswa yang berilmu, beriman dan beramal serta mengantarabangsakan citra dan sumbangan kepada masyarakat.

OBJEKTIF

  1. Menjaga kebajikan siswazah dari segi pengajian, permasalahan yang timbul dan sebagainya.
  2. Memudahkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti berbentuk akademik, penyelidikan dan khidmat sosial peringkat fakulti, universiti dan antarabangsa.
  3. Mengintergrasikan antara siswazah-siswazah dan seluruh warga FPI, UKM khususnya dan seisi warga UKM amnya.
  4. Memanisfestasikan kecemerlangan, kegemilangan dalam membentuk siswazah pengajian Islam yang berbilang di dunia dan akhirat.