Jejak Warisan Islam (JEWARIS) 2020

[ Kenyataan tentang Sumbangan Program Jejak Warisan Islam (JEWARIS) 2020 ke Arab Saudi ]

Terima kasih atas sumbangan orang ramai/pihak berdaftar terhadap program JEWARIS. Walaubagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa sumbangan yang telah diberikan oleh Datuk/Datin/Tuan/Puan tidak dapat kami manfaatkan untuk JEWARIS kali ini kerana COVID-19 yang melanda dunia. Pihak Kedutaan Arab Saudi juga menghalang kemasukan jemaah di tanah suci Makkah bagi mengelakkan penyebaran wabak.

Sumbangan yang telah diberikan akan kami gunakan untuk program JEWARIS atau program-program lain yang dianjurkan oleh Persatuan Siswazah FPI akan datang. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah jualah sebaik-baik perancang.

Sekian terima kasih.

#ppsfpi