SELAMAT DATANG BUAT MAHASISWA SISWAZAH SEM 2 SESI 2019/2020

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيْمِ , السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji buat Allah SWT, Tuhan yang mentadbir sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia penghulu para nabi dan rasul, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat RA dan seluruh pendokong agama Islam.

Selamat datang diucapkan kepada para pelajar siswazah baharu sesi kali ini. Tahniah dan selamat mengorak langkah diucapkan. Untuk makluman rakan-rakan pelajar baharu, PPSFPI merupakan sebuah persatuan berdaftar yang telah ditubuhkan pada 29 Mei 2008.

Matlamat penubuhan persatuan ini ialah untuk menjaga kebajikan dan membentuk mahasiswa Fakulti Pengajian Islam yang terkehadapan, berkepimpinan dan berbudaya saing tinggi bagi meningkatkan daya kepimpinan dan keterampilan mahasiswa dalam segala bidang selaras dengan falsafah, moto, visi dan misi UKM itu sendiri.

Objektif penubuhan persatuan ini ialah;

1. Menjaga kebajikan siswazah dari segi pengajian, permasalahan yang timbul dan sebagainya.
2. Memudahkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti berbentuk akademik, penyelidikan dan khidmat sosial samaada peringkat fakulti, universiti dan antarabangsa.
3. Menghubungkan antara pelajar siswazah dan seluruh warga FPI khususnya dan seisi warga UKM amnya.
4. Memanisfestasikan kecemerlangan, kegemilangan dalam membentuk siswazah pengajian Islam yang berbilang di dunia dan akhirat.

Akhir kalam, kami dari pihak PPSFPI sekali lagi ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu. Semoga dengan kebersamaan pada kali ini, mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala perancangan yang telah dan sedang dirangka.

Siru ‘ala barakatillah.

Ikhlas Dari Barisan Kepimpinan Persatuan Pelajar Siswazah Fakulti Pegajian Islam (PPSFPI) Sesi 2019/2019