Latar Belakang
Persatuan Pelajar Siswazah Fakulti Pengajian Islam (PPSFPI) telah diimpikan penubuhannya setelah sekian lama oleh Dekan Fakulti Pengajian Islam, Prof Zakaria Stapa. Pada sesi pengajian siswazah sesi 2007/2008 beliau sekali lagi menyuarakan hasratnya yang ingin melihat penubuhan persatuan pelajar siswazah menjadi realiti di Fakulti Pengajian Islam. Di atas kesedaran dan kerelevenan penubuhannya, maka saudari Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Binti Abdullah @ Tan Ai Pao telah menyahut seruan tersebut.
Kertas kerja penubuhan persatuan ini telah diluluskan pada peringkat fakulti pada 25 oktober 2007. Saudari Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Binti Abdullah @ Tan Ai Pao dilantik sebagai Presiden yang pertama manakala Naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, ketika itu, Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dilantik sebagai Penaung PPSFPI yang pertama. Beliau seterusnya mengarahkan agar persatuan ini didaftarkan di Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPEL), UKM. Pada 29 Mei 2008, PPSFPI telah diluluskan penubuhannya.
Dengan penubuhan PPSFPI ini, ianya akan memberi implikasi positif khususnya kepada para pensyarah dan mahasiswa-mahasiswa Fakulti Pengajian Islam dan Universiti Kebangsaan Malaysia amnya.