Antropologi & Sosiologi
Program Antropologi dan Sosiologi
Tahun 1
SKAP1013 Alam, Manusia dan Budaya
SKAP1053 Prinsip Pengurusan Perniagaan
SKAA1013 Pengantar Antropologi
SKAA1023 Pengantar Sosiologi
SKAA1033 Pengantar Statistik Sosial
SKAA1043 Sistem Sosial Malaysia
Tahun 2
SKAP2064 Metodologi Penyelidikan
SKAA2033 Teori Antropologi dan Sosiologi
SKAA2043 Metodologi Penyelidikan Antropologi dan Sosiologi
SKAA2053 Keluarga dan Kekerabatan
SKAA2073 Kajilidikan Lapangan
SKAA2083 Ketaksamaan dan Mobiliti Sosial
SKAA2103 Gerakan Agama
SKAA2113 Hubungan Etnik dan Identiti
SKAA2123 Perubahan Sosial dan Pembangunan
SKAA2133 Kelompok dan Budaya Minoriti
SKAA2163 Devians dan Kawalan Sosial
SKAA2183 Kesihatan dan Masyarakat
Tahun 3
SKAA3006 Latihan Industri / Kerjaya
SKAA3133 Teori Antropologi & Sosiologi Lanjutan
SKAA3143 Kuasa dan Governans
SKAA3153 Sosiologi Desa
SKAA3206 Latihan Ilmiah
SKAA3213 Urbanisasi dan Urbanisme
SKAA3223 Organisasi Kompleks
SKAA3233 Gender dan Pembangunan
SKAA3243 Budaya dan Konsumerisme
SKAA3253 Industri dan Sumber Manusia
SKAA3263 Kriminologi
SKAA3273 Etnografi Malaysia
Kursus Program
SKAA1013 Pengantar Antropologi
Kepelbagaian yang mencirikan budaya dan masyarakat di seluruh dunia telah lama menarik perhatian ahli antropologi. Kursus ini mendedahkan para pelajar kepada kaedah dan perspektif antropologi sosial/budaya untuk memahami masyarakat tersebut. Pada peringkat awalnya kursus ini menghuraikan sejarah perkembangan antropologi dan skop antropologi. Menggunakan contoh beberapa masyarakat, perbincangan seterusnya bertumpu kepada pelbagai pola budaya masyarakat bagi meningkatkan kepekaan kepada kepelbagaian perbezaan budaya dan implikasinya; kaedah kajilidikan jangka panjang dalam mengkaji budaya dan masyarakat; dan belajar berfikiran analitikal tentang kehidupan orang lain dan kehidupan kita.
Anthropologists have from the beginning focussed their attention to the diversity of cultures and societies around the world. This course introduces students to the methods and perspectives of social/cultural anthropology in understanding those societies. The course begins with a description on the historical development of anthropology and its scopes. Using case studies from diverse societies the course emphasizes on appreciating cultural differences and its implications; doing long-term fieldwork in studying cultures and societies; and learning to think analytically about other people’s lives and our own.
SKAA1023 Pengantar Sosiologi
Kursus ini memperkenalkan sosiologi sebagai satu disiplin ilmiah yang mengkaji perubahan dan interaksi sosial masyarakat moden, industri dan sedang mengindustri serta masyarakat urban. Dengan tujuan membina imaginasi serta perspektif sosiologi dalam minda para pelajar, kursus ini bermula dengan memperkenalkan konsep-konsep penting yang relevan dengan ilmu sosiologi. Setelah itu, diperkenalkan secara ringkas setiap satu institusi sosial yang telah terbina kukuh dalam budaya masyarakat modenindustri. Selanjutnya kursus ini memperkatakan tentang interaksi, kawalan dan kestabilan sosial; ketaksamaan dan mobiliti sosial; organisasi kompleks; devians dan jenayah; hubungan ras dan etnik; hubungan gender; interaksi dalam institusi ekonomi; politik dan pemerintahan; institusi keluarga; pendidikan; sistem kepercayaan dan agama; kependudukan dan urbanisasi; kelakuan kolektif dan pergerakan sosial; dan globalisasi. Setelah itu para pelajar diperkenalkan kepada kaedah kajian sosiologi. Pada bahagian akhir, kursus ini memperkenalkan secara ringkas tokoh-tokoh pengasas sosiologi dengan memberikan tumpuan kepada sumbangan Comte, Marx, Durkheim dan Weber.
This course introduces sociology as a discipline that studies social change and interactions in modern industrializing societies. In order for students to develop their own sociological imagination, this course begins by introducing basic and relevant concepts such as social institutions, social stability and social control, social inequality and mobility, complex organizations, deviance and crime, race and ethnic relations, gender issues, social interactions within the economic institution, politics and government, education, belief systems and religion, population and urbanization, collective behaviour and social movements, and globalization. Students will be briefly introduced to sociological methods. Finally, lectures will touch upon the contribution of the founding fathers of sociology, namely Comte, Marx, Durkheim and Weber.
SKAA1033 Pengantar Statistik Sosial
Tujuan utama kursus ini ialah untuk memberi kefahaman konseptual tentang tatacara asas dalam statistik dan penggunaan tatacara ini dalam penyelidikan dan penulisan. Tajuk yang diliputi merangkumi deskripsi data sosial dalam bentuk grafik dan bukan grafik, logik statistik inferensi dan kesignifikanan ujian. Perbincangan akan ditumpukan kepada saling hubungan antara konsep dalam penyelidikan, soal selidik dan nombor. Perbincangan juga memfokus kepada logik dalam analisis data kuantitatif termasuk ukuran kecenderungan tengah, serakan, ukuran asosiasi dan ujian kesignifikanan bagi tahap pengukuran tertentu. Akhirnya, kursus ini mengajar pengujian hipotesis yang simpel dengan menggunakan ujian parametrik dan bukan parametrik.
The primary goal of this course is to offer a conceptual understanding of basic procedures in statistics and the use of these procedures in research and writing. Topics covered include description of social data in graphic and non-graphic form, the logic of statistical inference and significance test. Discussion will initially focus on interrelationship between research concepts, questionnaires and numbers. The course will also focus on the logic of quantitative data analysis, including measures of central tendency and dispersion, measures of associations and test of significance for appropriate levels of measurement. Finally, simple hypothesis testing using parametric and non-parametric tests will also be taught.
SKAA1043 Sistem Sosial Malaysia
Kursus ini adalah berkenaan ‘manusia’, ‘masyarakat’, dan ‘kebudayaan’ Malaysia. Sehubungan itu negara Malaysia dilihat sebagai suatu sistem sosial yang mempunyai sejarah dan strukturnya tersendiri yang sentiasa berubah akibat paluan gerak kuasa sosial tempatan dan global. Oleh yang demikian, dalam kursus ini huraian mengenai evolusi sistem sosial Malaysia dari perspektif sejarah dan ekonomi politik adalah diutamakan. Dengan menggunakan perspektif etnik dan kelas kursus ini akan membincangkan unsure utama struktur masyarakat Malaysia. Paduan antara pendekatan yang bersifat structural dan sejarah ini akan dapat memberikan pengertian yang mendalam bagi memahami proses pembentukan sistem sosial Malaysia yang terdapat kini.
This course is about ‘man’, ‘society’, and ‘culture’ of Malaysia. Malaysian society is a social system with its own history and structure that is constantly changing due to the impact and influence of the local and global social forces. As such, this course is to explain and discuss the evolution of the Malaysian social system from the historical and political-economy perspectives. Using the ethnic and class perspectives the main elements of the Malaysian social structure will be identified. It is hoped that the combination of the structural and historical perspectives will contribute towards a deeper understanding of the existing Malaysian social system.
SKAA2033 Teori Antropologi dan Sosiologi
Kursus ini membincangkan sumbangan pemikir-pemikir sosial kepada perkembangan teori dalam bidang antropologi dan sosiologi sebelum abad ke 19 sehingga awal abad ke 20. Perbincangan mengambil kira sejarah sosial dan latar intelektual yang mempengaruhi idea dan pendekatan tokoh-tokoh asas seperti Comte, Spencer, Ibnu Khaldun, Morgan, Tylor, Marx, Engels, Weber, Durkheim, Boas, Westermarck, Radcliffe-Brown dan Malinowski. Sejarah penubuhan ilmu moden dan pemikiran sosial yang terungkap dalam pengajian sosiologi klasik dan antropologi awal dalam period ini diteliti. Melalui perbincangan ini pelajar dapat mengenal pasti peralihan pemikiran dari tradisi
falsafah positivis ke arah tradisi empiris yang dibawa melalui beberapa teori agung seperti struktural-fungsional, Marxisme, interaksionisme simbolik dan strukturalisme. Kekuatan dan kelemahan teori-teori tersebut dibincangkan dengan terperinci.
The course discusses the contributions of social thinkers to the development of the discipline of anthropology and sociology before the nineteenth and until early twentieth centuries. The discussion takes into consideration the social history and intellectual background that influence the ideas and approaches undertaken by the early theorists such as Comte, Spencer, Ibnu Khaldun, Morgan, Tylor, Marx, Engels, Weber, Durkheim, Boas, Westermarck, Radcliffe-Brown and Malinowski. The history of the establishment of modern knowledge and social thought inherent in classical sociology and early anthropology of the period is examined. Throughout the discussion the students are expected to understand the development of social thoughts originating from the tradition of the philosophy of positivism to the philosophy of empiricism as highlighted in the main theories, for example, structural-functionalism, Marxism, symbolic interactionism and structuralism. The strengths and limitation of the theories are discussed in detail.
SKAA2043 Metodologi Penyelidikan Antropologi dan Sosiologi
Kursus ini bertujuan memberikan kefahaman yang lebih mendalam terhadap kaedah penyelidikan bidang antropologi dan sosiologi. Kursus ini dimulai dengan perbincangan tentang teori penyelidikan, permasalahan kajian, sorotan karya dan perancangan penyelidikan. Seterusnya kursus ini memfokus kepada dua pendekatan utama penyelidikan, iaitu kualitatif dan kuantitatif. Aspek penyelidikan kualitatif merangkumi kaedah kerjalapangan berbentuk kajian etnografi dan kaedah menganalisis data kualitatif. Manakala kaedah penyelidikan kuantitatif pula merangkumi persediaan penyelidikan dengan kemahiran merangka dan menggunakan soal selidik, menentukan pensampelan, mengendalikan survei dan menganalisis data kuantitatif menggunakan SPSS. Aspek penulisan hasil penyelidikan dan etika dalam penyelidikan juga dibincangkan.
This course will give students an in-depth understanding of various research methods in anthropology and sociology. The discussion begins with an explanation of theoretical framework, research problem, literature review and research plans. This will be followed by an examination of two main approaches in research, i.e. qualitative and quantitative approaches. The qualitative approach emphasizes on ethnographic research and its specific data analysis. The quantitative approach emphasizes the survey method in data collection and analysis of data using the SPSS. Interpretation of data and research ethics will also be discussed.
SKAA2053 Keluarga dan Kekerabatan
Dalam kebanyakan masyarakat, keluarga dan kekerabatan memainkan peranan penting dalam sosialisasi individu bagi mengekalkan perpaduan kelompok. Kursus ini bertujuan menjelaskan kepentingan dan persoalan berkaitan keluarga dan kekerabatan dalam masyarakat. Sehubungan itu kursus ini, pertama, menjelaskan perhubungan structural antara keluarga, kelompok domestik dan kekerabatan. Kedua, perbincangan ditumpukan kepada proses pembentukan keluarga, perkahwinan dan kelahiran anak. Ketiga, fungsi dan peranan ahli keluarga, disorganisasi keluarga dan pelbagai masalah yang menjadi cabaran kehidupan berkeluarga diberikan penekanan. Analisis bersifat silang-budaya menjadi pendekatan dan perhatian kursus.
In most societies, families and kinships play an important and significant role in socializing members of the society in order to maintain the stability of the group. This course provides a tool in explaining various experiences and aspects of families and kinship systems. Firstly, the course will explain the structural relationship between families, domestic group and kinship system. Second, the discussion focuses on the process of development of families, marriage system and reproduction. Thirdly, the course will discuss functions and roles of family members in the society, family disorganization and the problems and challenges of family life in contemporary society. The discussion will take into account the cross-cultural analysis of the subject.
SKAA2063 Ekonomi dan Masyarakat
Kehidupan ekonomi boleh difahami dari sudut beberapa disiplin termasuk antropologi dan sosiologi. Sehubungan dengan itu, kursus ini bertujuan menghuraikan pengaruh atau hubungan timbal balas aspek ekonomi seperti sistem produksi, distribusi dan konsumsi ke atas struktur dan sistem sosial, politik serta budaya masyarakat. Pelbagai konsep dan teori yang berkaitan dengan ekonomi pasaran, ekonomi politik, budaya ekonomi, perubahan sosial dan pembangunan ekonomi juga dibahas. Contoh-contoh empirical daripada pengalaman negara-negara di Asia Tenggara dirujuk secara khusus.
Economic life can be understood from the disciplines of social sciences such as anthropology and sociology. This course deals with the nature and economic culture of simple community as well as modern and industrial societies. From the perspective of anthropology, the course will discuss the economic culture of simple and marginal communities, as well as the economic dynamics of peasantry and fishing communities. From the sociological perspective the course will discuss the nature and dynamics of modern market economy. Capitalism and globalization will be discussed as special topics.
SKAA2073 Kajilidikan Lapangan
Bagi membolehkan pelajar menjadi pengamal ilmu sosiologi dan antropologi, mereka perlulah memahami bagaimana penyelidikan telah dilakukan oleh ahli-ahli sosiologi dan antropologi yang terdahulu. Selain itu mereka juga diharap dapat menilai penyelidikan berkenaan dan seterusnya menjalankan penyelidikan sendiri dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang berbeza-beza. Kursus ini bertujuan, pertama, memperkenalkan pengetahuan asas bersifat konseptual yang mendasari kajilidikan lapangan iaitu, suatu kegiatan akademik penting di luar bilik kuliah yang menemukan pelajar sebagai seorang penyelidik dengan mereka yang diselidiki. Kedua, memberi peluang kepada pelajar untuk melaksanakan sendiri kajilidikan lapangan secara praktikal berdasarkan suatu projek yang konkrit yang telah mereka sediakan. Justeru kursus ini membina pengetahuan sekaligus keterampilan pelajar dalam kegiatan menjalankan penyelidikan.
In order to enable students to practise anthropology and sociology, they must first understand how researches are conducted by past anthropologists and sociologists. Apart from that, they must be able to evaluate those researches and carry out their own research using various types of research methods. The course aims, firstly, to introduce basic conceptual knowledge underlying fieldwork research as an important academic exercise outside the classroom that will enable students to meet their research subjects. Secondly, fieldwork research gives the students the opportunity to conduct their own research based on concrete projects prepared by them. The course is designed to develop the knowledge and simultaneously the skills needed in carrying out research work.
SKAA2083 Ketaksamaan dan Mobiliti Sosial
Ketaksamaan sosial dalam masyarakat umumnya wujud secara diwarisi (ascribed) dan dicapai (achieved) dalam bentuk umur, jantina, kasta, etnik, kelas, status dan budaya. Kursus ini menumpukan perbincangan kepada tiga perkara: pertama, struktur dan aturan sosial yang mewujudkan pelbagai bentuk ketaksamaan dan stratifikasi dalam masyarakat pra-industri, pertanian, industri dan pasca-industri. Kedua, teori sosial mengenai ketaksamaan/stratifikasi dan mobiliti sosial. Beberapa kajian tentang struktur, bentuk dan proses ketaksamaan yang bersifat makro dan mikro diteliti menggunakan perdebatan utama dalam teori yang dibincang. Ketiga, isu-isu atau implikasi ketaksamaan seperti soal social closure dan peluang hidup yang menentukan mobiliti sosial turut dibahas. Perbincangan dalam kursus ini juga mengupas ketaksamaan dan mobiliti sosial dalam konteks pendidikan, pekerjaan, prestij, gender dan pengalaman hidup berkait dengan kemiskinan.
Social inequality in society generally exists through ascribed and achieved conditions in the forms of age, sex, caste, ethnic, class, status and culture. The course focuses on three main areas. The first area is on the structure and social order that influence the existence of various forms of social inequality and stratification in pre-industrial, agricultural, industrial and post-industrial societies. Secondly, the course deals with social inequality/stratification and social mobility. Research works on the structure, form and processes of inequality at the micro and macro levels will be dealt with using the main ideas of the theories discussed. Finally, various issues or implications of inequality, for examples, social closure and life chances that affect social mobility will be examined. The discussion in this course attempts to critically evaluate social inequality and mobility in the contexts of education, occupation, prestige, gender and life experiences related to poverty.
SKAA2103 Gerakan Agama
Dunia telah dan sedang menyaksi ratusan gerakan agama muncul dalam situasi krisis sebagai respons terhadap proses pengrasionalan kehidupan atau untuk menangani tekanan yang mengiringi modenisasi. Dengan mengguna perspektif sosiologi, kursus ini meninjau mengapa dan bagaimana fenomena tersebut berlaku serta kesan-kesannya terhadap masyarakat. Perbincangan akan tertumpu kepada erti ‘agama’, teori-teori sosiologi mengenai gerakan agama dan isu-isu berkaitan seperti peranan agama dalam masyarakat, pemodenan dan politik identiti yang berkait rapat dengan kemunculan gerakan agama seperti Muhammadiyah, Hare Rama Hare Krishna, Christian Charismatic Renewal, Sante Ashoke, Thammanikai dan Ikhwanul Muslimin.
The world has witnessed and is witnessing hundreds of religious movements that exist in a crisis situation as a response of the process of rationalizing life or for the purpose of addressing tension that accompanies modernization. Using the sociological perspective, the course examines why and how such phenomenon takes place and its specicif impact on society. The discussion focuses on the meaning of ‘religion’, the sociological theories on religious movements and the related issues such as the role of religion in society, modernity and the politics of identity associated with the development of religious movements such as Muhammadiyah, Hare Rama Hare Krishna, Christian Charismatic Renewal, Santi Ashoke, Thammanikai and Ikhwanul Muslimin.
SKAA2113 Hubungan Etnik dan Identiti
Anggota masyarakat cenderung membezakan satu sama lain dengan mewujudkan sempadan sosial dan stereotaip. Kursus ini bertujuan membincangkan hubungan etnik berdasarkan konsep-konsep penting seperti etnisiti, etnik dan identiti. Tumpuan juga diberikan kepada pembentukan identiti etnik akibat perubahan masyarakat sertapengaruh proses globalisasi dan migrasi. Sehubungan itu, konsep-konsep berkaitan iaitu toleransi, asimilasi, sikap prejudis, diskriminasi dan konflik dalam serta antara etnik diberi penekanan. Teori-teori hubungan etnik dibincangkan dengan berpandukan contoh-contoh semasa berdasarkan pengalaman masyarakat Malaysia, Eropah, India dan Amerika.
Members of society tend to differentiate one individual from another by creating social boundaries and having stereotypical attitudes. The course aims to discuss ethnic relations based on important concepts such as ethnicity, ethnic and identity. Discussions will also focus on ethnic identity formation as a result of societal changes and influence of the processes of globalization and migration. As such, related concept, i.e, tolerance,assimilation, prejudices, discrimination and conflict existing at the level of inter andintra-ethnic will be emphasized. Theories of ethnic relations are examined based oncurrent examples of experiences of societies like Malaysia, Europe, India and America.
SKAA2123 Perubahan Sosial dan Pembangunan
Akibat perubahan besar di peringkat global, maka perlulah kita memahami dan membincang proses perubahan sosial dan pembangunan dari sudut konsep dan praktiknya seperti yang dialami masyarakat Dunia Ketiga atau Selatan. Dengan itu adalah menjadi tujuan kursus ini membincang dan mengupas teori-teori mengenai pembangunan dan kemunduran, konsep-konsep yang sehubungan, serta kaitan dan implikasinya terhadap proses perancangan dan penyusunan semula masyarakat. Berdasarkan beberapa kajian kes, dapatlah dinilai kesan positif dan negatif yang dialami oleh institusi, struktur dan organisasi sosial masyarakat Negara-negara Selatan, juga hubungannya dengan masyarakat Negara-negara Utara di era globalisasi.
Massive changes happening at the global level, make it imperative for us to understand and discuss social change and development processes, its concepts, theories, impacts and practices especially as experienced by the Third World Countries or the South. It is also the objective of this course to discuss and explain the processes of development and underdevelopment as well as their relations and implications to planning and restructuring of societies. Based on case studies, negative and positive impacts of change and development on social institutions, structure and organizations of societies in the South will be assessed, as well as the countries’ relationships with the North, especially within the context of globalization.
SKAA2133 Kelompok dan Budaya Minoriti
Ketaksamaan dan dominasi adalah proses universal yang secara ketaranya telah membentuk kelompok minoriti dalam masyarakat. Kelompok minoriti pula lebih terserlah dalam era moden kerana ada upaya menyalurkan pengalaman (didiskriminasi oleh golongan majoriti) dalam bentuk gerakan yang tersusun. Kursus ini membincangkan minoriti sebagai fenomena sosial dan budaya. Penekanan diberikan kepada: teori dan konsep minoriti; jenis minoriti dan faktor pembentukan minoriti dengan tumpuan kepada kelompok minoriti ras, etnik, jantina, umur, dan tingkah laku. Oleh kerana ‘minoriti’ merupakan masalah yang berbeza dari tempat ke tempat dan dari kelompok ke kelompok, kursus ini mengambil kira pengalaman kelompok minoriti di Malaysia, Asia Tenggara, Eropah, Amerika dan Afrika.
Inequality and domination are two processes that are directly related to the formation of minority groups in societies. Minority groups become more visible in the modern day due to their ability to channel their aspiration systematically via social movement. This course is about the minority as social and cultural phenomena. Topics of discussion include: concepts and theories on minority, types of minority and the formation of minority groups such as racial/ethnic minority, cultural minority, economic minority, sexual minority and behavioural minority. The different experiences and problems faced by different minority groups in Malaysia, Southeast Asia, Europe, America and Africa will be given special attention.
SKAA2163 Devians dan Kawalan Sosial
Salah satu kesan perubahan pesat yang berlaku dalam sesebuah masyarakat moden ialah kemunculan dan peningkatan masalah sosial seperti devians. Oleh kerana fenomena tersebut mempunyai implikasi tertentu terhadap kemajuan dan kesejahteraan negara, maka devians perlu ditangani sebaik mungkin. Bahagian pertama kursus ini membincang konsep, pola, etiologi dan teori tentang devians. Bahagian kedua mengupas beberapa fenomena devians seperti homoseksualiti, alkoholisme, gangguan mental, delinkuensi, keganasan, dan tingkahlaku counter-culture. Bahagian ketiga pula tertumpu kepada fungsi dan peranan sistem serta bentuk kawalan sosial formal dan tak formal. Bahagian akhir kursus ini menilai keberkesanan beberapa bentuk dan langkah menangani masalah devians seperti yang dilakukan oleh pusat pemulihan juvana, pusat perlindungan, dan sistem khidmat masyarakat. Kursus ini menganalisis serta menilai devians dan kawalan sosial di Malaysia dan beberapa negara lain.
One of the effects of rapid social change in a modern society is the development and rise of social problems such as deviance. This phenomenon has several specific implications on a country’s progress and social well-being, and therefore warrants a careful social control approach in order to address or combat the problem. The first part of the course discusses the concept, pattern, etiology and theory of deviant behavior. The second part analyzes the types of deviant behavior such as homosexuality, alcoholism, mental disorder, delinquency, violence and counter-cultural behavior. The third part of the course discusses the function and role of the system and form of formal and informal social control. Lastly, the course evaluates the effectiveness of the forms and measures of social control undertaken, for examples, by the rehabilitation centers, detention centers and the community service system. The overall discussion analyzes and evaluates deviance and social control in Malaysia and some other countries.
SKAA2183 Kesihatan dan Masyarakat
Kursus ini dirangka untuk menyediakan pelajar peluang menerokai makna, idea, teori dan isu yang berkaitan dengan kesihatan dan penyakit sebagaimana dikaji dan difahami oleh ahli-ahli antropologi dan sosiologi. Kursus dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama, membincangkan konsep kesihatan, kesakitan dan penyakit dari sudut bioperubatan, sosial, psikologikal dan kerohanian. Bahagian kedua, perhatian diberikan kepada teori sosial yang boleh digunakan dalam memahami kesihatan dan perubatan. Bahagian ketiga membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan, iaitu peranan sistem perubatan alternatif, kepercayaan tradisi, makanan dan pemakanan, alam sekitar, teknologi perubatan, gender, gaya hidup dan globalisasi.Implikasi sosial akibat daripada perubahan dalam bidang perubatan, kesihatan dan gaya hidup juga akan disentuh.
The course is designed to provide the students the opportunity to explore meaning, ideas, theory and issues related to health and diseases as understood by sociologists and anthropologists. The course is divided into four parts. The first part discusses the concept of health, pain and illness from biomedical, social, spiritual and psychological perspectives. The second part concentrates on social and cultural theories in order to understand health and cure. The third part discusses current issues related to health and medicine such as alternative medicine, traditional belief and healers, food security, environment, medical technology, gender, life style and globalization. The social implications of changes in medical practices, health and life style will also be discussed.
SKAA3006 Latihan Industri/Kerjaya
Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang antropologi dan sosiologi hanya dapat dipertingkat melalui amali yang menjadi komponen kursus metodologi, kajilidikan, latihan ilmiah dan latihan industri/kerjaya. Istilah industri mengambil kira makna industri dalam konteks yang luas merangkumi aktiviti ekonomi dan sosial. Latihan Industri/Kerjaya membantu menjana kemahiran daripada pengalaman bekerja dalam organisasi formal dan tak formal. Kursus ini bertujuan supaya pelajar: i) didedahkan kepada budaya kerja dan kerjaya dalam organisasi formal dan tak formal; ii) dapat mengaplikasi ilmu dan kemahiran berkomunikasi serta berinteraksi dalam suasana kerja organisasi; iii) dapat menghayati dan mempraktikkan tatacara pengurusan dan etika kerja organisasi. Untuk menjalani Latihan Industri/Kerjaya pelajar perlu mengikuti
Kursus Persediaan Latihan Industri/Kerjaya selama sebulan di kampus dan kemudian ditempatkan di organisasi selama dua bulan. Pada akhir kursus ini, pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan Latihan Industri/Kerjaya yang akan diberi gred.
The knowledge and skills in anthropology and sociology can only be enhanced through practical experiences in methodology course, fieldwork, graduation exercise and industrial/career training. The term industry takes into account the meaning of industry in a larger context encompassing economic and social activities. Industrial/Career Training can generate certain knowledge and skills from learning and work experience in formal and informal organizations. The objective of the Industrial/Career Training is to enable students to get an exposure to the learning and working environment within an organizational setting. The training gives an opportunity for students to: i) gain an exposure to the work culture in a formal or informal organization; ii) apply the knowledge and skills in communication and interaction within the work environment, iii) practise management procedures and work ethics that exist in the organization. The course in divided into two stages. Stage one constitutes one month preparation exercises conducted within the university. Stage two involves a two-month Industrial/ Career Training in a formal or informal organizational setting. At the end of the course, students are required to submit a report which will be graded.
SKAA3133 Teori Antropologi dan Sosiologi Lanjutan
Kursus ini membincangkan teori antropologi dan sosiologi yang wujud dalam masyarakat maju dan membangun pada masa ini akibat perindustrian dan pemodenan dan sejak awal abad ke 20. Teori tersebut berkaitan dengan aliran pemikiran seperti fungsionalisme, strukturalisme, pasca-strukturalisme, interaksionisme, modernisme, pasca modernisme, pasca kolonialisme dan orientalisme. Antara teori yang disentuh ialah teori strukturalfungsional dan post struktural, teori strukturasi, teori pertukaran, teori pilihan bebas, teori modenisasi, teori modeniti, teori pasca moden dan teori sistem dunia. Tokoh yang berkaitan juga dibincangkan dalam kursus ini. Ringkasan idea-idea asas yang mendasari teori dan isu-isu sosial semasa yang berkaitan dengan teori ini turut dibincang.
This course discusses various anthropological and sociologiocal theories that emerged in developing and advanced societies since industrialisation and modernization in the early 20th century. The theories are related to functionalisme, structuralisme, oststructuralisme, interactionism, modernisme, post modernisme, post colonialisme and orientalism. Among the theories are structural-functional theory, structuration theory, interaction and symbolic interaction theory, rational choice theory, exchange theory, modernisation theory, modernity theory, post modern theory and world system theory. The relevant thinkers are also given attention. Current issues related to these theories and theoretical ideas are also dealt with.
SKAA3143 Kuasa dan Governans
Kursus ini meneliti tiga aspek utama dalam pembentukan kuasa, iaitu kuasa sosial, kuasa politik dan kuasa ekonomi. Ketiga-tiga aspek tersebut boleh dipisahkan tetapi sentiasa saling mempengaruhi. Penjelmaan setiap kuasa adalah dalam bentuk formal dan tak formal, yang memberi nafas kepada proses governans atau pemerintahan. Kuasa dan governans yang berbentuk formal adalah seperti birokrasi, parti politik, badan bukan kerajaan, sementara yang berbentuk tidak formal adalah seperti aktiviti gotongroyong, atau personaliti berkarisma dan klan. Perhatian khusus diberi kepada kes atau pengalaman yang terdapat di Asia Tenggara.
This course focuses on the formation of three aspects of power that is social, political and economic power. These three types of power can be separated but are usually very much intertwined. Their existence in the formal and informal forms gives rise to the process of governance or administration Examples of formal forms of power and governance are bureaucracy, political party and non-government organization. Informal forms of power and governance are seen through voluntary activities, charismatic personality and clan. This course gives particular attention to Southeast Asian cases or experiences.
SKAA3153 Sosiologi Desa
Masyarakat desa-tani sedang berhadapan dengan dilema akibat pengaruh dan dominasi kuasa-kuasa luar terutama ideologi pembangunan negara dan/atau ragam pengeluaran kapitalis. Kursus ini menerangkan ciri-ciri ekonomi, politik, kebudayaan dan sosial yang membezakan masyarakat desa dengan masyarakat bandar. Isu dan persoalan semasa yang dihadapi oleh masyarakat desa-tani di Malaysia khususnya dan di negara-negara membangun umumnya turut disentuh. Antara isu yang dibincang adalah kemiskinan, perubahan gaya hidup, isu identiti dalam kalangan anggota masyarakat desa, dan masalah tenaga kerja. Selain itu disentuh juga tentang masalah penghijrahan, pengambilalihan tanah; masalah pembangunan komuniti desa; kewujudan kampung/desa dalam bandar dan bandar dalam kampung/desa; dan kesan-kesan lain terhadap penduduk desa akibat proses globalisasi.
Rural-peasant societies are faced with a dilemma due to the influence and domination of the external forces especially the development ideology of the state and the mode of capitalist production. This course is about economic, political and socio-cultural characteristics that differentiate the rural from the urban society. Contemporary issues and problems faced by the Malaysian rural-peasant society in particular and other societies in general would also be dealt with. Issues to be discussed include poverty, changing lifestyle and labour related problems. Other problems that will be discussed are related to migration, land alienation, community development and other pertinent impact of development processes and globalization on the rural population.
SKAA3173 Dasar dan Perancangan Sosial
Dasar dan perancangan sosial amat penting dalam proses pembangunan negara. Ia dianggap pelengkap kepada perancangan ekonomi dan menekankan aspek kesejahteraan, kesaksamaan dan keadilan kumpulan sasaran. Kursus ini membincangkan dasar pemerintah dan perancangan sosial yang merujuk khusus kepada soal kualiti hidup dari segi keperluan asas seperti perumahan, kesihatan, pendidikan dan keperluan golongan istimewa seperti warga tua dan kurang upaya. Penilaian dan pengukuran kesejahteraan sosial akan dibincangkan dengan menggunakan pelbagai petunjuk sosial dan sosioekonomi seperti indeks kos hidup.
Social policy and social planning are important elements to be considered in the development process of a country. They are complementary to economic planning and emphasize aspects of well-being, equality and justice for target groups. The course discusses the government’s policies and social planning that refer specifically to the question of quality of life pertaining to basic social needs such as housing, health, education and needs of specific groups of people like senior citizens and underprivileged groups. The measurement and evaluation of the social well-being of the target groups will be discussed using various socioeconomic indicators, for example, the cost of living index.
SKAA3193 Etnografi Asia Tenggara
Rantau Asia Tenggara amat kaya dengan data etnografi yang membayangkan kerencaman dan keunikan kehidupan masyarakat. Kursus ini memberi tumpuan kepada latar belakang sejarah dan meneliti pendapat yang dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji tentang rantau ini. Kursus ini juga akan melihat persamaan dan perbezaan aspek-aspek sosiobudaya di rantau ini; mengkaji setakat mana kawasan ini boleh didekati sebagai satu ‘kawasan budaya’ atau ‘kontinua budaya’ dan meniliti beberapa teori sosio-budaya mengenai Asia Tenggara. Turut dibicarakan adalah perkembangan masyarakat Asia Tenggara dari pluraliti ke plural society, pengaruh globalisasi terhadap rantau tersebut termasuk membincangkan sama ada nilai-nilai Asia (Asian values) bertanggungjawab terhadap kemajuan beberapa buah negara di rantau tersebut.
The Southeast Asian region is rich in ethnographic data that reflect the heterogeneity and uniqueness of the life of its people. The course focuses on the historical background of the area and examines views of researchers and scholars on the region. It discusses similarities and differences of the socio-cultural aspects; examines the extent to which the Southeast Asian Region can be approached as a ‘ cultural area’ or ‘cultural continuum’; and various sociocultural theories on Southeast Asia. The students will also learn the development of the Southeast Asian region from pluralities to plural society, and the influence of globalization on the region. Discussion on whether Asian values are responsible for the progress of some countries within the region are also included.
SKAA3206 Latihan Ilmiah
Penulisan latihan ilmiah merupakan satu laporan akademik hasil penyelidikan yang dijalankan sendiri oleh setiap pelajar. Penyelidikan dan penulisan ilmiah ini dielia oleh seorang tenaga akademik yang dilantik oleh Program. Menerusi projek latihan ilmiah ini, para pelajar dilatih menjalankan penyelidikan, memproses dan menganalisis data, mempersembahkan hasil kajian dalam bentuk tulisan akademik dan membincangkan hasil penyelidikan dan penulisannya dalam satu peperiksaan lisan yang dihadiri oleh tiga orang pemeriksa, termasuk penyelia yang mempengerusikan peperiksaan tersebut. Pelajar dikehendaki menulis tidak lebih dari 10,000 patah perkataan (kira-kira 100 halaman, termasuk rajah, jadual, lampiran dan lain-lain) mengikut Gaya UKM. Penulisan dinilai berdasarkan keupayaan pelajar menjelaskan isu yang dikaji, kerangka teoretis, metodologi, keaslian data dan kesimpulan kajian menurut tradisi ilmiah dalam disiplin antropologi dan sosiologi.
The final year research project takes the form of a written academic report submitted by students at the end of their undergraduate term. The research and writing of the report is supervised by academic staff members. This research project enables students to carry out research, analyse data and present the research findings in a written form which will then be assessed during an oral examination. The length of the research report should not exceed 10,000 words. Students will be evaluated based on the ability to explain the research problem, theoretical framework and methodology, originality of research work and conclusions derived from the study.
SKAA3213 Urbanisasi dan Urbanisme
Bandar sebagai pusat pemodenan perlu difahami perkembangannya dengan lebih mendalam memandangkan bertambah komplek sifat dan kehidupan bandar. Sehubungan itu, kursus ini bertujuan membincangkan fenomena urbanisasi dan urbanisme. Kursus ini bermula dengan menghuraikan konsep, teori dan isu berkaitan pertumbuhan dan perkembangan bandar di peringkat lokal dan global. Beberapa implikasi sosial tentang urbanisasi dan urbanisme diulas dengan menggunakan pendekatan pensejarahan dan perbandingan dengan berasaskan pengalaman empirikal di Malaysia dan negara lain di dunia.
The development of a city as a center of modernity needs to be understood in a comprehensive manner due to the complex nature of the urban area and urban life. In relation to this, the objective of the course is to discuss the phenomenon of urbanization and urbanism. It begins with an explanation of pertinent concepts, theories and issues related to the growth and development of urban areas at the local and global levels. Various social implications of urbanization and urbanism are discussed using historical and comparative approaches based on experiences in Malaysia and other countries.
SKAA3223 Organisasi Kompleks
Organisasi kompleks banyak mempengaruhi dan mencorakkan kehidupan sosial. Tujuan kursus ini adalah, antara lain, untuk menghuraikan hubungan saling bergantung dan saling mempengaruhi antara organisasi kompleks dan masyarakat. Kursus ini membincangkan pelbagai jenis organisasi kompleks dalam sektor awam dan swasta dari segi struktur dan organisasi, fungsi dan matlamat, persekitaran organisasi, pemusatan kuasa, kewibawaan, gaya kepimpinan, budaya organisasi, tingkah-laku organisasi dan keberkesanan organisasi. Beberapa teori klasik dan moden berkenaan dengan organisasi digunakan untuk meneliti kelakuan dan kedinamikan organisasi kompleks. Implikasi perubahan sosial ke atas organisasi dibincangkan dalam konteks proses globalisasi, modenisasi dan kepesatan pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi serta e-dagang.
Complex organisations have great influence upon social living and society. This course aims to explain the interdependent relationship between organisations and society and the mutual influence that exists between them. This course discusses features of public and private organisations such as organisational structure, function, organizational goals, organisational environment, centralization of power, leadership and leadership styles and corporate culture, organizational behaviour and organisational effectiveness. Classical and modern theories related to organisational study are discussed to understand organisational behaviour and dynamics. Implications of social change upon organisations within the contexts of globalization, modernisation, advancement of information communication technology and e-commerce are dealt with.
SKAA3233 Gender dan Pembangunan
Pada masa kini, pembezaan gender menjadi tumpuan kajian ahli sains sosial kerana rata-rata dipersetujui wujud kesannya terhadap interaksi sosial dan penggunaan sumber dalam masyarakat. Kursus ini meneliti pelbagai isu konseptual yang dikembangkan oleh ahli antropologi dan sosiologi berkait dengan perbezaan lelaki berbanding wanita dalam konteks kajian gender. Bagi memahami perkara ini, perbincangan dibahagikan kepada tiga bahagian: pertama, membincangkan secara konseptual keterkaitan antara biologi, budaya dan masyarakat bagi menjelaskan apa itu gender; kedua, membincangkan perbezaan gender yang menjana ketaksamaan dan ketidakadilan; dan ketiga, menjelaskan trend dan pengalaman lelaki dan wanita dalam pendidikan, kerja dan kerjaya, politik, kesihatana, keluarga, keganasan dan jenayah.
In recent development, gender differences become a subject of focus among the social scientists due to their acknowledged impact on the social interaction and the use of resources in societies. This course examines the various conceptual issues developed by anthropologists and sociologists on these differences between men and women in the context of gender studies. To understand this, the discussion is divided into three sections: first, conceptual discussion on the interconnectedness between biology, culture and society in explaning what is gender; second, the theories of inequalities and the differences between men and women,; and third, the trends and experiences of men and women in education, work and career, politic, health, family, violence and crime.
SKAA3243 Budaya dan Konsumerisme
Sama ada secara disedari atau tidak, perbincangan tentang pola kehidupan seharian masyarakat adalah berkait rapat dan didominasi oleh aktiviti konsumsi. Justeru objektif kursus adalah untuk menghurai asalmula fenomena konsumerisme, sifat dan kesannya terhadap masyarakat umum hari ini. Dalam bahagian awal kursus, sejarah fenomena globalisasi dan hubungannya dengan perkembangan kapitalisme sedunia dibicarakan dan diikuti dengan perbincangan mengenai beberapa konsep asas yang menukung konsep konsumerisme. Bahagian akhir kursus menyentuh beberapa kajian kes berkait
dengan pembentukan budaya konsumerisme dalam konteks semasa.
The discussion on the daily patterns of life of people in a society is closely related to and is dominated by their consumption activities. This course examines the origin of consumerism, its characteristics and impact on the society at large today. The first part of the course discusses the history of globalization and its relation to the development of capitalism, followed by an understanding of some basic concepts related to the concept of consumerism. The final part of the course looks into some case studies on the formation of the culture of consumerism in the present context.
SKAA3253 Industri dan Sumber Manusia
Kursus ini bertujuan mengkaji dari sudut sosiologi beberapa konsep, teori dan pengalaman mengenai perindustrian, pekerjaan dan pengurusan sumber manusia. Dengan mengambil kira pengalaman negara maju, tetapi menumpukan kepada pengalaman negara-negara membangun termasuk Malaysia, kursus ini dibahagikan kepada tiga komponen. Pertama, membincang pelbagai faktor dan masalah yang terdapat dalam proses perindustrian; kedua, membincang perkembangan bidang pekerjaan, mobiliti kerja dan budaya kerja, serta perkembangan teknologi baru dan kesannya ke atas kerja; dan ketiga, membincang sistem dan pengalaman pengurusan sumber manusia dalam masyarakat industri dan sedang mengindustri.
This course focuses on sociological concepts, theories and experiences regarding industrialization, work and human resource management. Drawing from experiences of the developed countries, but with emphasis on the experiences of the developing countries, especially Malaysia, the course is divided into three components. First component discusses the various factors and problems relating to processes of industrialization. The second component is about the development of work, labour mobility and work culture. Technological advancement and its effects on work is also discussed. The final component deals with the system and management of human resource in industrial as
well as industrializing societies.
SKAA3263 Kriminologi
Jenayah merupakan masalah sosial yang perlu difahami dan ditangani secara serius. Kursus ini meneliti tingkah laku jenayah sebagai hasil struktur sosial dan pelbagai proses sosial serta pola interaksi yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Bahagian pertama kursus menumpukan perhatian kepada sejarah perkembangan kriminologi sebagai satu bidang kajian yang memanfaatkan perkembangan disiplin psikiatri, psikologi, undang-undang dan sosiologi. Bahagian kedua membincangkan bentuk dan pola tingkah laku jenayah serta pelbagai huraian sosiologikal mengenainya. Fungsi agen kawalan sosial rasmi dan tidak rasmi juga dibincangkan. Perhatian diberikan juga kepada falsafah yang mendasari pendekatan tertentu kawalan sosial terhadap jenayah dan implikasi perubahan sosial terhadap jenayah dan penjenayahan dalam masyarakat.
Crime is a social problem that needs to be understood and requires serious attention. The course discusses criminal behavior as a product of the social structure and various social processes and pattern of interactions existing within a society. The first part of the course focuses on the development of criminology as a discipline that has its beginnings within psychiatry, psychology and law. The second part discusses the form and pattern of criminal behavior and various sociological explanations given to such behavior. The course analyzes and evaluates the functions of the formal and informal social control undertaken to solve crime problems. Attention is given to the philosophy underlying the social control approaches, and also the implications of social transformation on crime and criminality in the society.
SKAA3273 Etnografi Malaysia
Kursus ini memberi tumpuan terhadap dua aspek penting dalam antropologi iaitu, etnografi sebagai metodologi dan masyarakat Malaysia sebagai sasaran penelitian. Sehubungan itu, bahagian pertama membincang dan mendebat penggunaan konsep ‘etnografi’ sebagai suatu pendekatan memperoleh maklumat tentang alam sosial manusia. Alam sosial yang menjadi pilihan ialah Orang Asli dan Pribumi Malaysia yang dikaji menggunakan pendekatan etnografi dan yang menjadi fokus bahagian kedua kursus ini. Teras perbincangan tentang kelompok ini meliputi perihal kekeluargaan, ekonomi, politik, agama dan tradisi lisan.
There are two main areas covered in this course, i.e. ethnography as a methodology and Malaysian society as the basis of ethnographic research. The course will, firstly examine the debates on ‘ethnography’ as an approach to researching human social life and experiences. Secondly, it touches on the social realm of the Orang Asli and the Pribumi of Malaysia. The ethnographic data covers aspects on family and kinship, economy, politics, belief system and oral tradition of the societies.