Sains Pembangunan
STRUKTUR KURIKULUM
SARJANA SAINS SOSIAL (SAINS PEMBANGUNAN)
KURSUS WAJIB/ (22 Unit/22 Units)
SKAP6004 Metodologi Penyelidikan Sosial
SKAP6013 Wacana Pemikiran Sosial
SKAD6113 Perancangan dan Pembangunan Lestari
SKAD6123 Falsafah dan Teori Pembangunan
SKAD6133 Kaedah Analisis & Pengurusan Pembangunan
SKAD6143 Advokasi Pembangunan
SKAD6153 Globalisasi dan Pembangunan
TESIS SARJANA (12 Unit)
SKAD6009 Tesis Sarjana
KURSUS ELEKTIF (6 Unit/6 Units)
SKAD6213 Perubahan dan Ruang Pembangunan
SKAD6223 Governans dan Pembangunan
SKAD6233 Pembangunan Ekonomi Lokal
SKAD6243 Pembangunan Pelancongan
JUMLAH UNIT : 40 UNIT
DOKTOR FALSAFAH & SARJANA FALSAFAH (SAINS PEMBANGUNAN)
KURSUS WAJIB (8 Unit/ 8 Units)
SKAP6004 Metodologi Penyelidikan Sosial
SKAP6014 Penulisan Akademik Sosial
JUMLAH UNIT : 8 UNIT
SKAP6004 Metodologi Penyelidikan Sosial
Penyelidikan berkaitan isu sosial, pembangunan dan persekitaran memerlukan maklumat yang tepat daripada pelbagai sumber serta pemilihan kaedah pengumpulan data dan analisis yang wajar. Kursus ini membolehkan pelajar menulis cadangan penyelidikan, melakukan penyelidikan dan menginterpretsi hasil kajian. Liputan kursus ini merangkumi tajuk-tajuk seperti (a) dimensi penyelidikan, teori dan metodologi; (b) kaedah pengumpulan, pengurusan dan analisis data kualitatif dan kuantitatif; (c) rangka penyelidikan, cadangan penyelidikan dan persembahan hasil kajian; dan (d) metod penyelidikan yang spesifik mengikut bidang. Pelajar juga diajar menjalankan kerja lapangan dan analisis data menggunakan SPSS.
SKAP6013 Wacana Pemikiran Sosial
Kursus ini membincangkan teori sosial yang dikemukakan oleh pemikir Barat dan bukan Barat untuk menjelaskan hubungan antara manusia, masyarakat dan alam serta wacana semasa mengenai isi-isu falsafah, teoritis dan kaedah yang ditangani atau tidak ditangani oleh teori tersebut. Topik yang dibincangkan meliputi perbezaan antara ilmu wahyu dan sains; peranan falsafah dalam pembinaan teori sosial; hubungan antara kolonialisme, imperialisme dan orientalisme; pentakrifan semula hubungan antara struktur, agensi manusia dan ruang selari dengan perubahan sosial dan alam sekitar. Isu ini akan dibincangkan daripada perspektif dan konteks Malaysia, dalam hubungannya dengan kemunculan wacana teoritis serta isu pengaplikasiannya pada era pasca-moden.
SKAD6113 Perancangan dan Pembangunan Lestari
Kursus ini memberi tumpuan kepada falsafah, konsep/ prinsip, dimensi dan proses perancangan serta pembangunan lestari. Penganalisisan terhadap kes pembangunan lestari mengambil kira perubahan di peringkat lokal dan global, melibatkan dimensi utama perancangan dan pembangunan lestari, daya saing ekonomi, penglibatan komuniti, kemudahsampaian, alam sekitar, daya tampungan dan governans. Kursus ini juga membincangkan cabaran utama pembangunan lestari dalam era global termasuk ICT, firma trans/multinasional dan perubahan iklim global. Kursus ini juga membolehkan pelajar mengsintesis pengalaman pembangunan lestari di pelbagai peringkat dan ruang pembangunan serta akhir sekali mengemukakan sebuah model pembangunan lestari di peringkat lokal.
SKAD6123 Falsafah dan Teori Pembangunan
Kursus ini merupakan pengenalan keseluruhan kepada makna, proses dan masalah pembangunan dengan merujuk kepada perdebatan-perdebatan penting dari segi falsafah dan teori pembangunan. Kursus ini akan menyusurgalur sejarah dan menganalisis teori pembangunan terawal hingga kepada tahap “kebuntuan” dalam kajian pembangunan seperti teori-teori tahap pertumbuhan, pergantungan, analisis sistem dunia dan mod pengeluaran. Kursus ini juga akan melihat secara kritis pendekatanpendekatan pasca-moden, pasca kolonial, aliran regulasi, pembangunan mapan dan globalisasi. Melalui pendekatan ini diharapkan pelajar dapat memahami bagaimana falsafah dan teori-teori ini dapat menerangkan fenomena ekonomi, sosial dan politik dalam pembangunan di dunia ketiga.
SKAD6133 Kaedah Analisis & Pengurusan Pembangunan
Kursus ini menggembelingkan kemahiran teknik analisis pembangunan dengan kefahaman tentang tanggungjawab sektor awam dan swasta dalam menguruskan pembangunan. Tatacara analisis seperti penilaian impak sosial, analisis SWOT, dan metod penilaian ekonomi akan diperincikan di samping mengenalpasti pelbagai permasalahan dalam pelaksanaan dan pengurusan seperti proses membuat keputusan, pengurusan sumber manusia, dan penilaian pelaburan.
SKAD6143 Advokasi Pembangunan
Dalam konteks pembangunan mapan, imbangan antara kepentingan ekonomi, pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat awam menjadi asas perancangan, pengurusan, pelaksanaan dan pemantauan polisi pembangunan. Pencapaian matlamat ini tidak mungkin terhasil tanpa jaminan perkongsian penyertaan dan rundingan saksama kesemua pihak berkepentingan yang terlibat dalam pembangunan. Advokasi pembangunan berfungsi sebagai saluran untuk memastikan wujudnya proses perkongsian dan rundingan ini. Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada konsep, kaedah dan strategi advokasi pembangunan. Sehubungan ini, kursus ini juga menawarkan pengalaman benar advokasi pembangunan seperti yang dilalui oleh orang perseorangan ataupun pertubuhan awam.
SKAD6153 Globalisasi dan Pembangunan
Kursus ini membincangkan secara mendalam konsep-konsep globalisasi dan gerakuasagerakuasa utama globalisasi yang mempengaruhi pembangunan dan perubahan, seperti syarikat-syarikat transnasional (TNC), perubahan teknologi dan peranan pihak pemerintah. Antara aspek-aspek yang diliputi adalah ciri-ciri TNC dan impaknya kepada proses pembangunan, isu berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pemindahan teknologi dan membangunkan keupayaan teknologi tempatan, dan tindak balas pihak kerjaan terutama di negara sedang membangun, dengan gerakuasa-gerakuasa globalisasi.
SKAD601C Tesis Sarjana
Kursus ini merupakan satu latihan akademik bagi membolehkan pelajar menjalankan penyelidikan secara individu. Meskipun begitu, pelajar akan diselia oleh seorang pensyarah bagi mempastikan penyelidikan yang dilakukan menepati keperluan program pengajian. Penyelidikan ini meliputi beberapa aspek, iaitu pengenalpastian persoalan kajian, kajian literatur, metodologi, dan kajian
ke atas satu isu pembangunan yang berasaskan sumber maklumat sekunder atau primer atau kedua-duanya. Di akhir tempoh latihan ilmiah, pelajar dikehendakki menduduki sesi vivavoce bagi menguji keaslian dan kefahaman pelajar tentang penyelidikan yang dijalankan.
KURSUS ELEKTIF
SKAD6213 Perubahan dan Ruang Pembangunan
Kursus ini meneliti perubahan tren pembangunan reruang yang berlaku akibat gerakuasa-gerakuasa pembangunan sama ada bersifat lokal atau luaran seperti kolonialisme, pengantarabangsaan dan globalisasi. Dalam era globalisasi, pengajian reruang tidak lagi dilihat daripada perspektif tradisi yang hanya merangkumi ruang fizikal sahaja, tetapi kini menjangkau ruang fungsian yang berteraskan ICT. Konsep-konsep baru reruang seperti kemunculan wilayah bandaraya global dan ruang-ruang lain yang terjelma dalam bentuk space of flow, ruang siber, informational cities, space economy dan sebagainya akan diberikan perhatian yang mendalam.
SKAD6223 Governans dan Pembangunan
Urustadbir bermanfaat atau baik merupakan ciri penting dalam menjana kecekapan, kestabilan dan kemampanan pembangunan. Kursus ini bertujuan menilai kepentingan urustadbir dalam pembangunan dan membincangkan elemen-elemen penting urustadbir yang baik. Perhatian juga diberikan kepada cara bagaimana pembangunan diurustadbir secara holistik dan tidak memihak kepada hirarki dalam pentadbiran, sektor ataupun sempadan fizikal (desa-bandar). Isu urustadbir dari segi sejarah, politik, ekonomi dan sosial dititik beratkan kerana aspek ini boleh mempengaruhi sistem pengurusan pembangunan sesebuah negara. Kesemua perkara yang berkaitan dengan urustadbir ini akan dilihat dalam konteks global, termasuk ekonomi antarabangsa, perindustrian dan urbanisasi di negara-negara sedang membangun. Kursus ini membentuk satu kerangka diagnostik untukmemahami isu-isu serta masalah berhubung urustadbir pembangunan dan bagaimana hal-hal ini dapat diatasi dengan mengkaji pengalaman-pengalaman negara-negara maju dan sedang membangun.
SKAD6233 Pembangunan Ekonomi Lokal
Kedinamikan proses globalisasi mempunyai kesan yang berlainan terhadap ekonomi negara dan keadaan ekonomi lokal. Pembangunan ekonomi lokal merupakan pembangunan terhadap sektor ekonomi lokal yang bersandarkan kepada kuasa politik dan gerakuasa budaya dalam memastikan kecergasan dan kelestariannya terjamin. Penekanan kursus ini adalah dalam memahami dan menilai penggunaan beberapa idea pembangunan ekonomi lokal. Beberapa konsep pembangunan ekonomi lokal kontemporer akan dibincangkan: gelombang asas ekonomi daerah industri, zon perdagangan bandar usahawan, governan lokal, ketebalan institusi penglibatan lokal, modal sosial dan modal budaya.
SKAD6243 Pembangunan Pelancongan
Kursus ini menawarkan suatu kerangka perdebatan mengenai idea, teori dan kes-kes berkaitan pembangunan pelancongan. Bahagian pertama membincangkan idea, konsep dan teori dalam kajian pelancongan melalui pelbagai disiplin dan kes-kes pembangunan pelancongan yang telah, serta konsep pelancongan sebagai satu sistem pelbagai aktiviti. Aspek pelancongan Malaysia dan globalisasi, ekonomi dan keusahawanan, pemuliharaan dan warisan, pelancongan agro dan inap desa, pelancongan bandar dan membeli-belah, pelancongan bertema dan pelancongan lestari menjadi teras perbincangan di bahagian ini. Bahagian kedua memperdalami kefahaman pelajar dengan mengupas impak pembangunan pelancongan seiring dengan pembangunan produk dengan memberi tumpuan kepada kos-faedah pelancongan; daya tampung sumber dan alam sekitar; impak sosio-budaya; pengintegrasian dan keterpinggiran penduduk tempatan; keselamatan dan pengawalan dan isu gender dan pelancongan.
DOKTOR FALSAFAH & SARJANA FALSAFAH (SAINS PEMBANGUNAN)
KURSUS WAJIB
SKAP6004 Metodologi Penyelidikan Sosial
Penyelidikan berkaitan isu sosial, pembangunan dan persekitaran memerlukan maklumat yang tepat daripada pelbagai sumber serta pemilihan kaedah pengumpulan data dan analisis yang wajar. Kursus ini membolehkan pelajar menulis cadangan penyelidikan, melakukan penyelidikan dan menginterpretsi hasil kajian. Liputan kursus ini merangkumi tajuk-tajuk seperti (a) dimensi penyelidikan, teori dan metodologi; (b) kaedah pengumpulan, pengurusan dan analisis data kualitatif dan kuantitatif; (c) rangka penyelidikan, cadangan penyelidikan dan persembahan hasil kajian; dan (d) metod penyelidikan yang spesifik mengikut bidang. Pelajar juga diajar menjalankan kerja lapangan dan analisis data menggunakan SPSS.
SKAP6014 Penulisan Akademik Sosial
Kursus ini melengkapkan para pelajar dengan kecekapan penulisan akademik untuk menghasilkan esei akademik. Pendekatan berpusatkan pelajar digunakan untuk memberi latihan bagi mempertingkatkan kecekapan dan kebolehan menulis. Pelajar mempelajari cara mengurai kata, meringkas dan mensintisis maklumat. Disamping itu, mereka juga akan menyusun dan mengaplikasi ide serta maklumat dan memperkukuhkan penulisan mereka dengan fakta yang sah dan relevan. Diakhir kursus pelajar berupaya menjalankan tugasan penulisan akademik dan juga menulis lapuran secara efektif.