JEMPUTAN KE PROGRAM HARI GIS FSSK [11 JANUARI 2023]

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Geografi) bagi Kursus SKAG2033 (Integrasi RS, GIS & GPS), Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan program HARI GIS FSSK mengikut ketetapan berikut :-

 

Tarikh               :             11 Januari 2023 (Rabu)
Masa                 :              10.00 pagi – 4.00 petang
Tempat             :              Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
    

Program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang GIS serta Fungsinya dalam dunia pendigitalan pada masa kini terutamanya kepada mahasiswa/i di UKM. Sehubungan dengan itu, Program Geografi di bawah Pusat Kajian Pembangunan Sosial dan Persekitaran (PKPSP) berbesar hati menjemput YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk bersama-sama hadir ke program ini.

Aktiviti yang akan diadakan adalah :-

  1. Pameran poster projek GIS pelajar kursus SKAG2033,
  2. Pameran peralatan geospatial
  3. Ceramah.
  • Topik ceramah adalah berikut:-

1) Paving The Road to Modern GIS: Present Trends

     En. Amir Faisal Bin Daud Ahmad (Product and Technology Lead, ESRI Malaysia)


2) Industri Geospatial Memacu Matlamat Pembangunan Mampan: Peluang dan Cabaran

      Dr. Noordin Bin Ahmad (Perunding Utama Geospatial, IntecX Creation Sdn Bhd)