Sejenak Minda Siri 9: Memperkasa Penyelidikan Gegar Gamat

 

Universiti Kebangsaan Malaysia berjaya mendapat sekitar RM64 juta dana bagi 853 buah projek penyelidikan sepanjang tahun 2021 ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga! Namun begitu, berapakah jumlah penyelidikan yang terhasil ini berjaya dikomersialkan atau memberikan impak besar kepada negara Malaysia secara khasnya dan dunia secara amnya? Kini, sudah sampai masanya untuk kita memberi fokus kepada penyelidikan translasi atau “gegar gamat” supaya impaknya dapat dirasai seluruh segenap rakyat. Ikuti kupasan lanjut Sejenak Minda Naib Canselor UKM ke 9 kali ini bersama-sama dua warga kita yang berkongsi penyelidikan gegar gamat masing-masing iaitu Felo Utama IKMAS, Prof. Dato’ Dr. Rashila Ramli (Your Language, My Culture) dan Timbalan Pengarah Pusat Inovasi UKM, Prof. Madya Dr. Sawal Hamid Md Ali (Covidsense) yang berpotensi memberikan impak kepada negara dimasa depan.