Tahniah Naib Canselor UKM
Warga pusat pengajian mengucapkan Tahniah kepada YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman, Naib Canselor UKM atas penganugerahan gelaran Doctor Honoris Causa daripada Universitas Muslim Indonesia bersempena Milad ke-67 universiti berkenaan. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada Pusat Kajian Pembangunan Sosial & Persekitaran (SEEDS), Fakulti (FSSK) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk terus cemerlang di peringkat antarabangsa.