PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN, SOSIAL & PERSEKITARAN

 Center for Research in Development, Social and Environment

Postgraduate

PUSAT KAJIAN PEMBANGUNAN, SOSIAL & PERSEKITARAN

Program yang ditawarkan:

Sarjana Falsafah

  • Geografi     
  • Sains Pembangunan                                                                                                                                
  • Pengurusan Persekitaran                                                                                                                         
  • Antropologi dan Sosiologi
Mod Pengajian: Penyelidikan
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa

Sarjana Sains Sosial

  • Antropologi dan Sosiologi *
  • Sains Pembangunan *
Mod Pengajian: Kerja Kursus
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa
* Dikendalikan dalam Bahasa Melayu

Sarjana Pengurusan Persekitaran

  • Pengurusan Persekitaran
Mod Pengajian: Penyelidikan / Kerja Kursus
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa

Cara Memohon

  1. Calon perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui: http://www.ukm.my/join/
  2. Pengambilan untuk mod kerja kursus dan mod campuran dibuka dua kali setahun, iaitu setiap Oktober hingga November (untuk pengambilan Februari berikutnya) dan setiap April hingga Mei (untuk pengambilan bulan September).
  3. Permohonan untuk program mod penyelidikan boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun.
  4. Tempoh untuk program Sarjana memerlukan 2 hingga 4 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 4 hingga 8 semester untuk pengajian secara sambilan dan untuk program Doktor Falsafah adalah 6 hingga 12 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 8 hingga 14 semester untuk pengajian secara sambilan.

Maklumat Fakulti

Kampus: Bangi, Selangor
Fakulti: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Ijazah: Sarjana Falsafah, Sarjana Sastera, Sarjana Sains Sosial, Sarjana Pengurusan Persekitaran

Tempoh:

  1. Program Penyelidikan & Mod Campuran – Sepenuh Masa (Min 6 Semester) / Separuh Masa (Min 8 Semester)

Hubungi:
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel : +603-8921 5145 / 5286
Faks: +603-8925 2836
Emel: shadira@ukm.edu.my
Laman Web : www.ukm.my/fssk


Bidang Penyelidikan

I) Antropologi dan Sosiologi
Antropologi Agama, Antropologi Ekonomi, Kajian Minoriti dan Sub-Budaya, Antropologi Politik, Antropologi Pemakanan dan Kesihatan, Hubungan Perusahaan, Sosiologi Pembangunan, Kajian Gender, Etnografi Malaysia dan Asia Tenggara, Sosiologi
Industri, Perubahan Sosial dan Pembangunan, Sosiologi Devians dan Kriminologi, Sosiologi Bandar, Pembangunan Sosial, Pembangunan Komuniti, Perancangan Sosial, Organisasi Kompleks dan Sosiologi Pendidikan.

II) Geografi
Geomorfologi, Meteorologi, Kaji iklim Gunaan, Pengurusan Alam Sekitar, Geografi Perubatan, Geografi Penduduk dan Kesejahteraan Sosial, Geografi Pertanian dan Pembangunan, Perancangan Pengangkutan Bandar, Geografi Politik dan Polisi Awam,
Kajian Petempatan, Pembandaran, Geografi Perindustrian, Geografi Asia Tenggara dan Aplikasi RS/GIS/GPS.

III) Sains Pembangunan
Kajian Wanita dan Gender dalam Pembangunan, Kajian Kelastrian Pembangunan, Politik Pembangunan, Kajian Kependudukan dan Pembangunan, Kajian Perancangan dan Pembangunan, Kajian Keefisienan Bandaraya, Kajian Jaringan Strategik Malaysia-Indonesia, Kajian Pelancongan, Sosiologi Pembangunan, Kajian Etnisiti dan Pembangunan, Kajian Pembangunan Sumber Manusia, Kajian Keusahawanan, Kajian Pembangunan Komuniti, Kajian Perakaunan Sosial dan Alam Sekitar.