loader image

Lawatan Kerja Duta Jerman ke Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Pada 28 Januari 2022 yang lepas, Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM menerima kunjungan Duta Besar Jerman ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr. Peter Blomeyer sempena lawatan kerja ke negeri Pahang dan pembukaan Majlis Perniagaan Jerman (GBC) di negeri Pahang.
 
Ketibaan beliau disambut oleh kakitangan Pusat Penyelidikan Tasik Chini bersama dengan Dr Henry Chan, Pengarah Konservasi WWF Malaysia, En Norshazlee Ramlee, Pegawai Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran, Puan Halizah Osman, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Pekan, Encik Ahmad Syaifuddin Khanz Mohd Nor, Unit Antarabangsa Bahagian Perancangan Negeri Pahang (BPEN) dan juga wakil dari JKKKOA Kampung Gumum.
 
Sepanjang berada di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, beliau telah diberikan taklimat berkenaan aktivi pemeliharaan dan pemuliharaan di Tasik Chini oleh agensi yang berkaitan. Beliau juga berkesempatan menaiki bot untuk lawatan sekitar Tasik Chini dan melawat kompleks penyelidikan Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM.
 
Pihak Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM mengucapkan terima kasih atas kesudian Tuan Yang Terutama Duta Besar Jerman, Dr Peter Blomeyer singgah ke kompleks penyelidikan kami ini. Semoga ada peluang untuk bekerjasama di kemudian hari.
Skip to content