loader image

Majlis Perasmian Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM
(ALAF-UKM)

Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM atau nama singkatannya ALAF-UKM telah ditubuhkan pada 8 September 2022, hasil daripada penstrukturan semula beberapa pusat penyelidikan yang terdiri dari 4 buah makmal alami dan 2 buah makmal fizikal di UKM iaitu:

1. Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC)
2. Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)
3. Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF)
4. Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR)
5. Makmal Instrumentasi Berpusat UKM (i-CRIM) 
6. Makmal Bioserasi (Bioserasi)

 

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor, UKM

Turut hadir bersama adalah Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor, Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM, Yang Berbahagia. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar UKM, barisan-barisan Pengarah UKM, agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan Pusat Penyelidikan Tasik Chini, guru dan pelajar SKK (JHEOA) Tasik Cini serta Kelab Ukhuwah Kembara Malaysia – KUKMbikers.

Terima kasih diucapkan diatas sokongan yang telah diberikan untuk kelancaran majlis ini.

Skip to content