loader image

Hari Tanah Lembap Sedunia 2024

Selamat menyambut Hari Tanah Lembap Sedunia 2024 dengan tema ‘Wetlands and Human Wellbeing’ atau ‘Tanah Lembap dan Kesejahteraan Manusia’. Tahun ini sambutan ini ditekankan kepada kepentingan ekosistem tanah lembap kepada kesejahteraan kehidupan manusia.
 
Melalui perutusan daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyatakan ekosistem tanah lembap seperti sungai, tasik, tanah gambut, paya bakau, muara, lagun, terumbu karang, kolam ikan, sawah padi, empangan dan periuk garam memainkan peranan yang sangat penting kepada kita semua dari segi keterjaminan makanan dan minuman, sumber ubat-ubatan, sistem tebatan banjir secara semula jadi, habitat flora dan fauna serta rekreasi bagi mewujudkan suasana harmoni antara manusia dan alam semula jadi.
 
Marilah kita bersama-sama memulihara dan memelihara ekosistem tanah lembap yang sangat berharga ini demi generasi masa kini dan masa depan.
 
Skip to content