loader image

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π˜π€π‘π€π‡π€π π”πŒπ”πŒ ππ‘πŽπ…. πƒπ€π“πŽβ€™ π’π‘πˆ. 𝐃𝐑. πŒπ”π’π‡π‘πˆπ…π€π‡ πˆπƒπ‘πˆπ’

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Syarahan Umum Prof. Dato’ Sri Dr. Mushrifah Idris anjuran ALAF-UKM di Bilik Majlis, Canselori UKM hari ini. Majlis syarahan ini telah dihadiri kira-kira 50 orang hadirin (secara fizikal) serta hampir mencapai 600 tontonan secara hibrid yang juga disiarkan secara langsung menerusi 𝘍𝘒𝘀𝘦𝘣𝘰𝘰𝘬 π˜“π˜ͺ𝘷𝘦 ALAF-UKM.
Β 
Penganjuran syarahan umum ini adalah merupakan inisiatif pihak ALAF-UKM melalui Pusat Penyelidikan Tasik Chini bagi memberi pendedahan kepada semua penyelidik dalam serta luar UKM berkaitan kepentingan memelihara Tasik Chini dan peranan Lembangan Tasik Chini yang telah diistiharkan sebagai tapak UNESCO Tasik Chini Rizab Biosfera (TCRB) pada 2009 serta kepentingan Pusat Penyelidikan Tasik Chini bergerak ke arah penyelidikan mengikut rangka kerja Biosphere Reserve.
Β 
Prof. Dato’ Sri Dr. Mushrifah Idris yang merupakan Profesor Kehormat UKM, Lantikan Gig Akademik ALAF-UKM juga telah berkongsi dan mengupas mengenai keunikan serta keistimewaan Lembangan Tasik Chini yang sering dikaitkan dengan kisah Naga Sri Gumum yang juga Mitos Tasik Chini oleh budaya Orang Asli Jakun.
Β 
Turut hadir sama di dalam sesi syarahan ini Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya. Dr Wan Mohd Aizat Wan Kamarudin, Timbalan Pengarah Instrumetasi dan Perkhidmatan Makmal ALAF-UKM, Pn Hir Yanti Md Tahir, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya, Timbalan Ketua Sekretariat Majlis Biodiversiti Pahang, En. Muhamad Zikri Omar, Pengarah Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi UKM, Prof. Dr. Wan MohdΒ Hirwani Wan Hussain, Timbalan Pengarah CRIM, Prof. Ir. Dr. Abu Bakar Sulong, UNIPEQ UKM serta UKM Pakarunding.
Β 
Semoga dengan penganjuran syarahan ini dapat memberi pemahaman lanjut kepada para penyelidik di dalam memperkasa bidang penyelidikan seterusnya mengangkat Lembangan Tasik Chini sebagai tapak kajian bertaraf UNESCO di peringkat antarabangsa yang terkenal dengan kekayaan warisan dan ilmu pengetahuan yang tersembunyi di sebalik keindahan alam semulajadi yang menakjubkan.
Skip to content