loader image

Program Pra-Persidangan Sidang Kemuncak SDG 2024 Wilayah Timur di Tasik Chini, Pahang.

Program Pra-Persidangan Sidang Kemuncak SDG 2024 Wilayah Timur di Tasik Chini, Pahang.
 
Pusat Penyelidikan Tasik Chini telah menjadi tuan rumah bagi Program Pra-Persidangan Sidang Kemuncak SDG 2024 Wilayah Timur yang di anjurkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Ini merupakan Program Pra-Persidangan yang kedua selepas acara yang pertama di Laman Warisan Kampung Laut, Kelantan. Program Pra-Persidangan ini turut disertai oleh pelajar-pelajar dan pensyarah daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
 
Acara pra-persidangan ini bertujuan membentuk kesedaran mengenai biodiversiti dan ekosistem Tasik Chini menerusi taklimat berkenaan ekosistem Tasik Chini, serta aktiviti eksplorasi bot dan denai hutan di persekitaran Makmal Air Tawar PPTC.
 
Program ini telah dihadiri oleh YBrs. Puan Salina Binti Muhamad Sali Luddin, Timbalan Pengarah 1, Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli, Kementerian Ekonomi, YBrs. En. Ahmad Azimeer Bin Abdul Manaf, Timbalan Pengarah 2, Pusat SDG Negara, YBrs. Profesor Datin. Ts. Dr. Mimi Sakinah Binti Abdul Munaim, Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri & Masyarakat UMPSA dan Profesor Madya Dr. Wan Mohd Aizat Bin Wan Kamaruddin, Pengarah, Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM (ALAF-UKM). Selain daripada pelajar-pelajar UMPSA, acara ini juga telah dihadiri oleh wakil Orang Asli kaum Jakun dari Tasik Chini, pegawai ECERDC dan PPTC.
 
Selepas siri Program Pra-Persidangan ini, Sidang Kemuncak SDG ECER akan berlangsung pada 19 Mei 2024 di Kuala Terengganu. Para peserta yang berminat untuk sertai acara Sidang Kemuncak pada 19 Mei 2024 boleh mendaftar di https://www.ecerdc.com.my/sdg/
Skip to content