Pada 25-28 Jun 2024 yang lalu, Pusat Penyelidikan Tasik Chini telah menganjurkan Bengkel Kraftangan Kayu Bersama Komuniti Orang Asli Tasik Chini. Ini merupakan siri kedua di mana bengkel ini telah diajar oleh jurulatih daripada Unit Latihan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Pahang).
Dalam tempoh empat hari ini, peserta-peserta diajar untuk membuat papan pemotong dan pelapik cawan daripada bahan-bahan kayu terbuang. Bengkel ini bukan sahaja memfokuskan kepada penghasilan kraftangan, tetapi juga kepada pembinaan kemahiran yang mendalam dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.
2. Meningkatkan kemahiran dalam penghasilan kraftangan dan perabot dari kayu sisa/terbuang (drifted woods) dengan bimbingan jurulatih berpengalaman.
Peserta dibimbing oleh jurulatih yang berpengalaman untuk menghasilkan pelbagai produk kraftangan, seperti papan pemotong dan pelapik cawan, dengan teknik-teknik yang betul dan kemas.
3. Meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dengan menggunakan bahan daripada kayu sisa/terbuang (drift woods)sedia ada.
Bengkel ini juga menekankan penggunaan bahan-bahan terbuang seperti kayu sisa/terbuang (drifted woods), mempromosikan kelestarian dan penghargaan terhadap alam sekitar.
4. Melahirkan pengusaha kraftangan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi untuk meningkatkan ekonomi komuniti.
Dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi, peserta diharapkan dapat menjadi pengusaha kraftangan yang berjaya, yang mampu meningkatkan pendapatan dan ekonomi komuniti mereka.