loader image

Lawatan JK TNC HEJIM Universiti Awam Malaysia ke PPTC

ALAF-UKM melalui Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menyantuni lawatan daripada delegasi Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Awam Malaysia (JKTNC HEJIM UAM) bertempat di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, ALAF-UKM pada Khamis 11 Julai 2024 yang diketuai oleh, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, TNC HEJIM UKM. Lawatan turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Ts. Inv. Dr. Mohammad Bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT, Jabatan Pendidikan Tinggi, YBrs. Encik Raymond Teoh Joo Han, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pendidikan Tinggi dan barisan TNC HEJIM UAM serta pegawai daripada USM, UTM, UIAM, UNIMAS, UMS, UPSI, UiTM, UMT, UTeM, UMPSA, UNIMAP, UniSZA, UMK dan UPNM.
Β 
Delegasi lawatan telah diberikan taklimat oleh Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya. Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin mengenai pelbagai inisiatif penyelidikan yang sedang dilaksanakan di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, ALAF-UKM termasuk kajian biodiversiti, projek pemuliharaan teratai, dan usaha-usaha untuk mempromosikan Tasik Chini sebagai destinasi pelancongan ilmu yang lestari sejajar dengan hasrat untuk memanfaatkan ilmu dan penyelidikan demi kemajuan negara.
Β 
Lawatan ini turut menyediakan platform bagi pertukaran idea dan pengalaman antara universiti-universiti awam yang terlibat dengan harapan dapat mencetuskan lebih banyak kolaborasi dan inovasi dalam bidang penyelidikan serta pembangunan masyarakat. Selain itu, delegasi turut dibawa melawat ke perkampungan Orang Asal Tanjung Puput, Tasik Chini untuk memberi peluang kepada para delegasi untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti Orang Asal di sana dan meninjau usaha pemerkasaan yang sedang dijalankan oleh PPTC, ALAF-UKM untuk meningkatkan taraf hidup serta kesejahteraan komuniti di Tanjung Puput, Tasik Chini.
Β 
ALAF-UKM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian para delegasi turun melawat PPTC, ALAF-UKM di mana ianya dilihat sebagai langkah positif dalam memperkukuh sinergi antara institusi pengajian tinggi dan masyarakat serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penyelidikan dan pemuliharaan alam sekitar khususnya di Tasik Chini.
Β 
Skip to content