Pada 14-Mac-2022 telah berlangsung Bengkel Konservasi Teratai di Tasik Chini Sebagai Kesinambungan Rizab Biosfera Alam – Siri 1 yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region Development Council) dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM.
Bengkel ini disertai oleh pengusaha homestay disekitar Felda Chini, pemandu bot pelancong dan komuniti penduduk di sekitar Felda Chini, Kampung Salong, dan penduduk Orang Asli Kampung Melai.
Objektif bengkel ini adalah untuk:
1 – Meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran komuniti setempat khasnya terhadap pemuliharaan persekitaran Tasik Chini secara lestari.
2 – Melatih peserta dengan teknik asas dalam penyediaan stok tanaman teratai.
3 – Melatih peserta kaedah pembinaan flotilla dan semaian teratai dalam flotilla.
Diharapkan bengkel ini dapat menyediakan peserta dengan pendedahan terhadap konsep dan aspek kritikal yang berkaitan dengan semaian teratai dalam flotilla serta teknik penyediaan stok tanaman teratai seterusnya membuka peluang untuk peserta untuk mengkomersialkan penanaman teratai ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM