FRIM bersama Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (East Coast Economic Region Development Council, ECERDC) dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM (PPTC) telah menganjurkan Bengkel Konservasi Teratai di Tasik Chini sebagai kesinambungan Rizab Biosfera Alam di Malaysia pada 14 Mac lalu.
Bengkel yang diadakan di PPTC ini telah dirasmikan oleh Mohd Jimmy Ismail, Eksekutif Kanan Pejabat ECER #Pahang. Turut hadir, Nur Amelia Abas, Pegawai Penyelidik PPTC. Staf Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM, Dr Marryanna Lion, Rizuwan Mamat dan Rashidah Hashim mengendalikan bengkel yang dihadiri 18 peserta yang terdiri daripada komuniti setempat, pengusaha ‘homestay’ dan pemandu bot.
Bengkel ini bertujuan:
🟢meningkatkan tahap pengetahuan, kesedaran dan kepentingan pemuliharaan ekosistem Tasik Chini secara lestari kepada pihak berkepentingan;
🟢melatih dalam penyediaan stok tanaman teratai; dan
🟢mendedahkan peserta kaedah pembinaan #flotilla dan semaian anak pokok teratai dalam flotilla.
Bengkel yang dijalankan secara teori dan latihan amali di lapangan ini memberi fokus kepada teknik-teknik asas penanaman teratai melalui biji benih dan anak pokok.
Peserta juga didedahkan dengan teknik penanaman secara terapung menggunakan #flotilla yang dikenali sebagai “Flotilla Lotus”.
Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
https://www.ukm.my/alafukm/
Tel: 03-8911 8515 | Faks: 03-8911 8516
Emel: pghalaf@ukm.edu.my
@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
https://www.ukm.my/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.my
Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)
Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)
Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close
© Pusat Penyelidikan Tasik Chini
© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal UKM