loader image

MAJLIS SANTUN RAMADHAN @ TASIK CHINI BERSAMA MYHEART MYFUNDACTION DAN PUSAT PENYELIDIKAN TASIK CHINI, UKM

Malaysian Heart Health Association – MyHeart MyFundAction bersama-sama Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM telah mengadakan Majlis Santun Ramadhan serta Sesi Libat Urus Komuniti Tasik Chini ke perkampungan Orang Asli Tasik Chini.

Di dalam majlis ini pihak MyHeart MyFundAction telah menyerahkan sumbangan 500 pek Hygiene Kit dan 300 pek bungkusan makanan Ready To Eat (RTE) kepada penduduk-penduduk di Tasik Chini yang mengandungi barang-barang keperluan asas set kelengkapan kebersihan diri dan penjagaan kesihatan. Di samping itu satu majlis beramah mesra dan berbuka puasa bersama komuniti muslim Tasik Chini turut diadakan pada penghujung program.


Kumpulan MyHeart diwakili oleh Dr Wan Ahmad Afiq beserta 5 lagi sukarelawan MyHeart turut disertai juga oleh penyelidik, sukarelawan dan kakitangan Pusat Penyelidikan Tasik Chini mula bergerak seawal 9:00 pagi menaiki bot ke perkampungan Orang Asli Cendahan, Tanjung Puput dan Teluk Sanbek.


Lawatan diteruskan lagi ke perkampungan Orang Asli Ulu Melai dan Melai pada jam 11:30 pagi berjumpa dengan wakil penduduk, En Meng sebelum berhenti rehat. Pada jam 3:00 petang program diteruskan ke perkampungan Orang Asli Gumum dan Ulu Gumum. Demonstrasi mencuci tangan dengan cara yang betul dan penerangan penggunaan barangan kesihatan turut diberikan kepada semua penduduk kampung.


Sebagai penutup program, satu majlis berbuka puasa dan solat Maghrib telah diadakan di surau Kampung Gumum sebelum program ini ditamatkan.


Ribuan terima kasih kepada Malaysian Heart Health Association – MyHeart MyFundAction atas sumbangan yang telah diberikan. Semoga semua penduduk Orang Asli di Tasik Chini memperoleh manfaat daripada sumbangan ini.