loader image

๐—ฃ๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐— ๐—จ๐—ก๐—–๐—”๐—ž ๐— ๐—”๐—ง๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ฆ๐——๐—š ๐—ฆ๐—จ๐— ๐— ๐—œ๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ง๐—œ๐— ๐—จ๐—ฅ

๐—ฃ๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐— ๐—จ๐—ก๐—–๐—”๐—ž ๐— ๐—”๐—ง๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ฆ๐——๐—š ๐—ฆ๐—จ๐— ๐— ๐—œ๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ช๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ง๐—œ๐— ๐—จ๐—ฅ
 
Malaysia SDG Summit 2024: Wilayah Timur telah melabuhkan tirai pada petang 19 Mei 2024 dengan sesi perkongsian daripada pelbagai pihak bagi memupuk kesedaran tentang inisiatif SDG di ECER.
 
Majlis perasmian penutup oleh YAB Menteri Besar Terengganu telah diwakili oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Sebelum itu, ucapan aluan penutup telah disampaikan oleh YBhg. Datoโ€™ Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), Kementerian Ekonomi, manakala laporan penutup pula disampaikan oleh YBhg. Datoโ€™ Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif, ECERDC.
 
Majlis juga diserikan dengan pukulan gamelan kenong oleh kesemua tetamu kehormat termasuk:
  • YBhg. Datoโ€™ Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif, ECERDC
  • Yang Berhormat Haji Maliaman bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu
  • YBRs. Encik Ahmad Azizi Bin Zulkifli, Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Kuala Nerus
  • Prof. Datoโ€™ Dr. Fadzli Bin Adam, Naib Canselor UNISZA
  • YBhg. Datoโ€™ Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), Kementerian Ekonomi
  • YB Datoโ€™ Sri Haji Zulkifli Bin Haji Yaacob, Setiausaha Kerajaan Pahang
  • Pukulan terakhir oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu

Antara acara dan aktiviti lain yang berlangsung termasuk:

  • Pameran mempromosikan tenaga hijau, kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan rekreasi (RV)
  • Bazaar SDG Usahawan ECER
  • Pameran SDG dari Rakan-Rakan Strategik
  • Bengkel & Pameran Khas Untuk Belia di Pantai Timur oleh Youth Environment Living Lab (YELL)
  • Aktiviti Kebudayaan & Kraftangan
 
Sidang kemuncak yang terakhir di Wilayah Timur ini akan membuka laluan kepada Sidang Kemuncak SDG Kebangsaan 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi pada bulan Ogos 2024. Sidang kemuncak peringkat kebangsaan ini akan menjadi platform untuk Malaysia mempamerkan inisiatif dan pencapaian negara secara keseluruhan dalam SDG.
 
Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM telah mengambil bahagian sebagai Pempamer dengan berkongsi inisiatif yang telah di ambil oleh Pusat Penyelidikan Tasik Chini dengan program-program yang berteraskan SDG 14 & 15 dalam penyelidikan dan aktiviti disamping menyokong 17 lagi inisiatif SDG dalam semua program yang dirancang.
 
Skip to content