loader image

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก & ๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐Ÿฐ๐Ÿฑ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—จ๐—ž๐—  ๐—ฃ๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ๐—จ๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š

Pusat Penyelidikan Tasik Chini melalui pasukan Task Force yang merangkumi pasukan penyelidik daripada kakitangan UKM diketuai oleh Prof Madya Dr Mohd Shazrul Fazry serta UKM Pakarunding telah berjaya menyediakan Laporan Berkala Rizab Biosfera Tasik Chini dalam usaha mengekalkan status Rizab Biosfera.

Sehubungan dengan itu, UKM Pakarunding pada Malam Gala Perundingan UKM Pakarunding 2024 telah menganugerahkan Anugerah Projek Berimpak Tinggi atas kejayaan tersebut pada 6 Mei 2024 yang lepas.

๐—”๐—ป๐˜‚๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ diberikan kepada projek yang mempunyai impak signifikan dalam pembangunan negara dan memberikan sumbangan strategik kepada masyarakat. Jawatankuasa pemilihan telah menilai sebanyak 230 projek yang berjaya diselesaikan pada tahun 2022/2023 dan menyenaraipendekkan lima projek yang dicalonkan sebagai projek berimpak tinggi berdasarkan potensi, strategi, dan impak yang besar dalam konteks pembangunan negara.

Projek yang dicalonkan adalah:
1. Kajian Dasar Air Negara (KDAN)
2. Kajian Indeks Perpaduan Nasional Fasa 2 (IPNAS 2.0)
3. Solar Bertam Smart Energy City with Integration of Solar PV Power System
4. Kajian Pembangunan Polisi Pengintegrasian Data Pendidikan Tinggi
5. Penyediaan Laporan Berkala (Periodic Review) Rizab Biosfera Tasik Chini

Kesemua projek ini menunjukkan komitmen UKM dalam menyumbang kepada pembangunan negara melalui penyelidikan yang berimpak tinggi. Projek-projek ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada masyarakat tetapi juga memacu kemajuan dalam bidang masing-masing. Anugerah ini mengiktiraf usaha dan dedikasi para penyelidik yang telah memberikan sumbangan bermakna kepada negara. Tahniah kepada semua yang terlibat dan semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada penyelidik lain untuk terus berinovasi dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Skip to content