Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), UKM telah mengadakan Bengkel Pembangunan Modul Bimbingan Tenaga Pengajar (TOT) dengan tujuan meningkatkan kemahiran insaniah dan membentuk jurulatih fasilitator yang berkualiti. Pembangunan kemahiran merupakan elemen penting bagi memastikan modul yang dijalankan di PPTC UKM. Bengkel ini berfokus pada pembincangan ciri-ciri penting jurulatih yang kompeten, prinsip pembelajaran dewasa, dan teknik penyampaian latihan yang efektif kepada orang dewasa.
Pengisian yang diberi dalam bengkel ini dapat mendedahkan para peserta kepada alat yang diperlukan untuk memulakan dan melaksanakan latihan di tempat kerja, serta menilai keberkesanan pembelajaran ke arah peningkatan berterusan. Ia membantu bakal jurulatih dan fasilitator untuk memindahkan pengetahuan & kemahiran yang sedia ada ke dalam slot atau aktiviti yang ingin disampaikan, serta perubahan tingkah laku yang dijangkakan kepada khalayak sasaran melalui metodologi pembelajaran langkah demi langkah.
Selain itu, kursus ini juga akan mengaplikasikan pendekatan Neuro Linguistic Programming (NLP) dalam mengenalpasti personaliti, kepelbagaian penyampaian yang sesuai dengan personaliti peserta serta teknik menarik minat peserta untuk mempelajari apa yang dikongsikan oleh Jurulatih/trainer.
Dalam sesi pembincangan, peserta diajar untuk menerapkan Analisa Keperluan Latihan bagi memastikan program latihan yang mereka rancang bersesuaian dengan keperluan semasa. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada teknik-teknik penyampaian latihan yang efektif, yang penting dalam memastikan latihan yang disampaikan berkesan.
Sesi pertama bengkel ini berlangsung dari 15 hingga 17 Mac 2024 di sertai oleh kakitangan Pusat Penyelidikan Tasik Chini dan siri kedua dijangka akan berlangsung pada 29 hingga 31 Mac 2024. Bengkel ini disampaikan oleh En. Norrul Izuhan Shafri, Ketua Penolong Pendaftar, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM).
Bengkel ini selari dengan moto Universiti Kebangsaan Malaysia, “Imu, Mutu, & Budi” sebagai panduan utama. Peserta dibimbing untuk meningkatkan “Imu” (ilmu) mereka dalam bidang pembangunan modul dan latihan. Latihan yang disediakan bertujuan untuk mencapai dan meningkatkan “Mutu” (kualiti) yang tinggi dan relevan dengan keperluan semasa. Selain itu, dalam suasana interaktif dan mesra, peserta diberi peluang untuk membentuk “Budi” (keperibadian) mereka sebagai jurulatih yang berkesan dan beretika.